Pelakon, Aeril Zafrel berkongsi pertemuan antara dirinya bersama individu yang didakwa menceroboh serta meletakkan barang sihir di rumah kediamannya menerusi hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel Dedah Lebih Dari 10 Barang Aneh Pernah Keluar Dari Badan – ‘Lepas Maghrib Aku Akan Sesak Dada’
Ibu tampil mohon maaf
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari memaklumkan bahawa ibu kepada individu berkenaan tampil bertemu dengannya dan membuat permohonan maaf bagi tindakan anaknya itu.
Menurut Aeril, individu tersebut merupakan seorang anak istimewa dan sanggup untuk memanjat pagar kerana terlalu meminatinya.
Semalam (Sabtu) saya ada post berkenaan budak lelaki panjat rumah saya dan letak barang sihir.
Petang itu juga mak dia bawa anak istimewa ini datang berjumpa dengan saya untuk meminta maaf.
Katanya budak ini peminat saya dan sebab ittu sanggup panjat pagar sebab suka hehe.
Tambah pelakon filem ‘7 Petala Cinta’ ini lagi, individu berkenaan turut menafikan bahawa dirinya telah meletakkan barang sihir di kediamannya.
Berkenaan barang sihir, budak ini cakap dia tak ada letak.
Jadi kemungkinan bukan dia yang letak tapi peristiwa ini ada hikmah di sebalik nya.
Kalau budak ini tak panjat rumah saya, tak adalah saya nak check kawasan rumah dan tak adalah saya jumpa la barang sihir itu.
Di akhir hantaran, bapa kepada tiga orang anak ini berharap kejadian yang berlaku menjadi iktibar buatnya dan semua yang terlibat.
Terdahulu, Aeril berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang remaja lelaki memasuki rumahnya.
Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, dia juga mahu mengambil tindakan undang-undang selepas menemukan beberapa barang sihir yang didakwa diletakkan di kawasan rumahnya oleh individu tersebut.
Sumber: Instagram Airil Zafrel