Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memberitahu tidak merancang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah asrama.
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Dedah Individu Ceroboh Rumah Rupanya Anak Istimewa, Nafi Letak Barang Sihir – ‘Ada Hikmah Di Sebalik Peristiwa Ini’
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Ambil Masa Bertahun Nak Pujuk Ahmad Yatim Berlakon Filem ‘Abnormal Buas’ – ‘Rasanya Dah Berdekad Dia Tidak Muncul’
Anak masuk sekolah asrama
Ketika ditemui OhBulan!, Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari, 36, berkata, dia tidak rela berjauhan dengan anak-anaknya dan ingin melihat mereka membesar di hadapan mata.
Pada pandangan saya, masuk sekolah berasrama ini ada bagusnya juga untuk anak-anak supaya mereka lebih fokus belajar dan dapat berdikari.
Tetapi macam saya, secara peribadi saya nak lebihkan banyak masa dengan anak-anak. Saya mahu lihat mereka membesar dengan mata saya dan isteri.
Saya sanggup bangun seawal jam 6.30 pagi macam itu sebab nak rasa momen hantar anak pergi sekolah.
Walaupun sebenarnya saya boleh sahaja upah sesiapa untuk hantar anak, tetapi pada saya itu sahaja momen dengan mereka yang saya dapat buat. Kalau mereka sudah dewasa tak dapat rasa.
Aeril berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gejala buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah dan penuntut universiti.
Bapa kepada empat cahaya mata itu berkongsi pandangannya ketika ditemui pada majlis pelancaran kolabrasi Coolblog X WAWA di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Berkongsi lebih lanjut, Aeril berpendapat, ibu bapa di luar sana perlu memainkan peranan mereka untuk sentiasa mengingatkan anak-anak agar tidak terlibat dengan gelaja buli.
Kalau bercakap fasal budaya buli, ia bukan hanya berlaku di sekolah berasrama, tetapi boleh juga berlaku di sekolah harian.
Ibu bapa antara pihak yang paling utama untuk mainkan peranan mereka, sentiasa mengingati anak-anak supaya tidak terlibat dalam gejala buli.
Coolblog X WAWA
Buat julung kali, jenama minuman smoothie yang telah berada di pasaran selama 19 tahun iaitu Coolblog berkolabrasi dengan jenama kecantikan serta penjagaan diri tempatan terkemuka, WAWA.
Kolaborasi hebat ini memperkenalkan enam produk baru berasaskan buah epal yang bukan sahaja sinonim dengan kesegaran tetapi juga kecantikan iaitu Very Apple Fizz, Green Apple Fizz, Very Apple Yoghurt, Green Apple Yoghurt, Very Apple Smoothie dan Green Apple Smoothie.
Menurut Wawa, mesej yang ingin dibawa adalah tentang mencintai diri sendiri dan kecantikan dari dalam.
Kami percaya setiap individu patut merasakan kecantikan dan keistimewaan mereka. Dengan kerjasama bersama Coolblog, kami ingin memberikan anda pengalaman yang penuh keseronokan dan kesegaran, sambil menggalakkan anda untuk menghargai kecantikan semulajadi anda.
Lebih menarik lagi, pembeli minuman Coolblog dengan dua pembelian ke atas berpeluang untuk mendapatkan produk WAWA Butter Liptint yang terdiri dari enam warna menarik.