berita

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Bersalah

September 25th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

IMG_6709-630x421

Kira-kira tiga tahun lalu, pasangan ini menjadi perhatian media dek kerana kontroversi pernikahan mereka. Ditambah pula dengan kontrak Wawa Zainal bersama MIG yang dikatakan masih belum tamat ketika itu, nama Aeril Zafrel dan Wawa Zainal jadi berita paling panas.

Hari ini, menerusi laporan Utusan, pasangan itu telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan bernikah dan bersubahat melakukan upacara itu tanpa mendapat kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk negeri Selangor.

Screen Shot 2014-09-25 at 2.41.59 PM

Aeril dan Wawa telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Attar

Bagaimanapun, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Mereka didakwa bernikah di rumah No. 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun di sini pada pukul 8 malam, 25 Februari 2012.

Mahkamah memutuskan bahawa Aeril didenda sebanyak RM1,000 atau penjara dua bulan sementara Wawa pula didenda RM 800 atau penjara 10 hari.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×