berita

Afieq Shazwan Rasa Lutut Nak ‘Terkeluar’, Tak Boleh Menari & Buat Aktiviti Lasak

October 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Afieq Shazwan memberitahu dia masih berbelah bahagi untuk melakukan pembedahan selepas mengalami kecederaan pada bahagian lutut kiri sewaktu melakukan aktiviti sukan badminton pada awal Oktober lalu.

Tak boleh buat aktiviti lasak

Menerusi laporan Harian Metro, Afieq berkata kejadian tersebut telah mengakibatkan kecederaan di bahagian ligamen kolateral medial (MCL) separa koyak sekali gus menghalang dirinya untuk melakukan aktiviti lasak.

Kecederaan itu berlaku ketika saya bermain badminton. Doktor menyarankan saya menjalani pembedahan untuk menjahit tisu yang koyak. Jadi sekarang ini saya agak berbelah bahagi untuk meneruskan pembedahan ini kerana ia akan mengganggu kerja seni saya tahun ini. Sekarang ini saya masih boleh berjalan tapi aktiviti lasak memang sudah tidak boleh. Saya juga tidak boleh menari termasuklah kalau nak menyanyi kena jalan berhati-hati.

Tambah Afieq, doktor sudah memaklumkan kepadanya bahawa pembedahan merupakan jalan terakhir yang perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik.

Kalau saya tak buat pembedahan ini kemungkinan kesannya akan berlaku sampai tua. Jadi saya bercadang untuk melakukan pembedahan tahun depan. Kecederaan ini amat memberi kesan sebab beberapa kali juga nak terseliuh sebab rasa lutut ‘nak’ terkeluar.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×