Pelakon Afifah Nasir berkongsi kehidupannya selepas bergelar isteri kepada Syed Hariz.
Artikel berkaitan: Afifah Nasir Tak Sangka Jodoh Dengan Abang Kawan Baik – ‘Kami Berjumpa Di Konsert’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Baju Nikah Seksi Sampai Nampak Lurah Dada, Afifah Nasir Dikecam Teruk
Suka duduk rumah
Menerusi perkongsian di TikTok, Afifah berkata, dia seronok duduk di rumah menjadi suri rumah tangga.
Malah, dia juga tidak menyangka dirinya mempunyai kebolehan untuk memasak selepas berkahwin.
Dia macam seronok jadi suri rumah tangga. Saya suka duduk rumah rasa macam healing sebab sebelum kahwin asyik duduk luar shooting.
Saya suka memasak. Dia macam memasak tu datang lepas kahwin tau. Dulu saya fikir macam tak reti masak tapi bila saya dah masak macam ‘oh, boleh je aku masak sebenarnya’.
Dalam pada itu, Afifah memberitahu wanita secara automatik boleh memasak selepas bergelar seorang isteri.
Lepas kahwin dia macam datang sendiri jadi siapa yang tak reti masak sebelum kahwin tu, tunggu lepas kahwin mesti boleh punya.
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: TikTok