berita

Afiq Muiz Ceraikan Pachara Talak Satu

July 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kemelut rumah tangga pasangan pelakon Afiq Muiz dan isteri, Nur Aaira Mahadeya, 32, atau Pachara akhirnya menemui titik noktah apabila disahkan bercerai talak satu pada hari ini.

Artikel Berkaitan: Afiq Muiz Fail Nusyuz, Dakwa Isteri Curang & Lakukan Perkara Langgar Syarak

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kami Kembali Bersama, Saya Seperti Sudah Mati’ – Isteri Afiq Muiz Minta Dilepaskan Secara Baik

Cerai talak satu

Memetik Berita Harian, Peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa’at memaklumkan, anak guamnya membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani selepas masing-masing bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.

Jadi, Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini.

Kedua, Afiq bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Tambah Mohd Yazit, kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial masing-masing.

Perbincangan pada awalnya hanya dilakukan antara peguam secara bersurat. Kali terakhir perbincangan dilakukan pagi tadi iaitu sebelum memasuki dewan bicara.

Jadi, akhirnya perkara ini dapat diputuskan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu Pachara membuat permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Petaling Jaya.

Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.

Pada November tahun lalu, media melaporkan Afiq membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya yang dianggap fitnah.

Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook (FB) dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki dan jarinya patah.

Untuk rekod, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×