Kemelut rumah tangga pelakon, Afiq Muiz dan isteri Nur Aaiea Mahdeya, 32, atau mesra disapa Pachara terus berlanjutan sehingga ke hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kami Kembali Bersama, Saya Seperti Sudah Mati’ – Isteri Afiq Muiz Minta Dilepaskan Secara Baik
Artikel Berkaitan: Afiq Muiz Hadir Prosiding Tuntutan Fasakh
Failkan nusyuz
Terbaharu, memetik laporan Berita Harian, Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah dilaporkan telah menfailkan nusyuz terhadap isterinya atas dakwaan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Selain itu, Afiq juga mendakwa, isterinya telah melakukan beberapa perkara yang melanggar hukum syarak.
Sekarang, kami akan berpindah ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang untuk tuntutan nusyuz. Kami failkan nusyuz lebih sebulan lalu dan sebutan pertama pada 4 Julai depan.
Saya failkan nusyuz berikutan Pachara ada lelaki lain dan melakukan perkara melanggar hukum syarak. Ia adalah antara sebab kenapa saya failkan nusyuz. Saya ada bukti dan akan bawa semuanya ke mahkamah.
Sebagai suami, saya sedih bila dicurangi dan isteri saya tidak mendengar cakap saya dan melakukan perkara terlarang. Saya berkecil hati dan ia juga jawapan kenapa saya berdiam diri selama ini.
Afiq berkata demikian sejurus usai prosiding sebutan semula permohonan tuntutan cerai secara fasakh oleh Pachara di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Shah Alam, semalam.
Susulan itu, mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Julai sebagai tarikh baharu bagi sebutan tuntutan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Selesai cara baik
Sementara itu, ketika disoal adakah mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga secara baik, aktor berusia 31 tahun itu berkata dia menyerahkan keputusan kepada mahkamah.
Saya tunggu pihak mahkamah buat keputusan dan saya hanya mengikut arus. Kita tengok pihak mahkamah memutuskan apa nanti.
Kita tengoklah siapa yang akan berjaya dalam kes ini. Saya sebenarnya sudah menuntut untuk perdamaian, tetapi dia tak nak.
Saya minta Pachara cakap pada media bahawa saya tak salah, tetapi dia tak nak teruskan. Saya ada usaha, tetapi dia tak nak.
Saya juga nampak Pachara cuba ke arah Islamik, tetapi hati saya sudah terluka.
Terdahulu, Pachara difahamkan sudah memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.
Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar mukanya sebanyak lima kali, serta menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali.
Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana)