berita

‘Agak-Agaklah Nak Edit Pun’ – Emma Maembong Nafi Foto Seksi Miripnya

February 12th, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Masih belum reda dengan isu tersebarnya beberapa foto seksi pelakon Emma Maembong, pelakon ini sekali lagi diuji dengan sebuah foto mirip wajahnya. Bagaimanapun, dia menafikan foto tersebut adalah bukan dirinya yang menyaksikan seorang perempuan sedang berbaring di atas katil.

Ini respon padu dari Emma Maembong yang menganggap perbuatan edit gambar menyerupai seseorang dan menyebarkan fitnah adalah cyberbully di media sosial.

Nampak teruk edit tu

Foto perempuan mirip Emma Maembong telah tersebar di media sosial dan dipercayai foto ini juga sudah disunting menyerupai wajah pelakon ini. Bagaimanapun, dia menafikan perempuan di dalam foto itu adalah bukan dirinya.

Ok ada orang kasi Emma gambar ni. Agak-agak la nak edit pun. Tak payah lah korang nak buat dosa edit. Nampak teruk edit tu.

Gigih kan korang edit

Dari nak melayan benda merepek macam ni

Kalau gambar saya, saya mengaku

Emma Maembong memuatnaik beberapa video di IG Story memberi respon terhadap foto yang di-edit didakwa menyerupai wajah pelakon ini. Dia turut menyeru agar netizen berhenti melakukan buli siber terhadap mana-mana individu.

Sumber: Emma_Maembong