Kemelut hubungan cinta aktor kacak Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson menemui titik noktah apabila mereka dilaporkan sudah putus. Mereka sebelum ini beberapa kali dikhabarkan sudah tidak lagi bersama namun ura-ura itu dinafikan kedua-dua pihak.
Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah punca sebenar terputusnya hubungan mereka di tengah jalan. Puncanya dipercayai Zul tidak senang dengan tindakan Zahirah berselfie di tempat yang tidak sepatutnya.
Tak selfie dekat jenazah ibu Zul
Zahirah menurut Astro Gempak menyangkal dakwaan Zul yang menuduhnya berselfie berdekatan jenazah ibu Zul ketika di dalam masjid. Zul dikatakan mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka kerana menganggap Zahiran tidak sensitif.
Saya terkejut membaca kenyataan Zul. Fitnah semata-mata. Jika benar, kalau ada bukti, sila tunjukkan. Apa motif dia burukkan nama saya selepas membuat pengesahan yang kami sudah putus?
Takkan saya tak ada perasaan? Takkan saya tak sensitif langsung? Saya pun ada mencium arwah ibunya. Agak-agaklah, saya bukannya bodoh sangat sehingga sanggup bertindak sebegitu.
Ada berselfie tapi…
Walaubagaimanapun, Zahirah tidak menafikan dia ada berselfie namun bukan ketika di dalam masjid seperti dikatakan Zul. Zahirah dan sepupu Zul mengambil gambar bersama selepas selesai kenduri tahlil sahaja.
Memang saya ada di masjid ketika itu dan saya hadir bersama teman saya. Dia juga mengenali teman saya. Nak berkata tentang selfie, saya ada berswafoto dengan sepupu Zul, itu pun ketika di selesai malam tahlil.
Bukan ketika berada di dalam masjid sewaktu jenazah ibunya masih ada. Selepas selesai kenduri, sepupunya ada meminta untuk mengambil selfie bersama saya, jadi saya turutkan sahaja.
Kenapa perlu fitnah?
Tambah gadis kacukan British Melayu ini, dia sendiri tidak faham kenapa bekas kekasihnya itu perlu menabur fitnah kepadanya walaupun mereka tidak lagi bersama selama lebih sebulan lalu.
Kami sudah tiada hubungan, benar, sudah lebih sebulan, dia juga mengatakan sudah memaafkan saya, tetapi kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa nak tabur fitnah?
Kami putus pun bukan atas sebab tersebut. Saya tak mahu membuka mulut kerana itu akan membuka aib sahaja. Saya tak mahu burukkan sesiapa. Biarkanlah dia, saya hanya akan berdiam sahaja dan tak mahu berbicara lagi mengenai perkara ini.
Sumber: Astro Gempak