berita

Agnes Monica Dedah Punca Sering Gagal Dalam Percintaan, Akui ‘Jauh’ Dengan Tuhan

February 25th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Jika sebelum ini, pelakon terkenal Indonesia iaitu Daniel Mananta, menemu bual penyanyi, Bunga Citra Lestari mengenai kisah ‘Love Storynya’.

Artikel berkaitan: [VIDEO]’Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf’ – BCL Kongsi ‘Love Story’ Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta

Terbaru, menerusi Youtube Daniel Mananta Network, Agnes Monica telah dijemput sebagai tetamu undangan bagi membincangkan topik hubungan percintaannya yang sering gagal sebelum ini.

Belum bertemu jodoh?

Selama ini, hubungan yang saya jalin dengan seseorang selalu terkandas kerana mungkin kurang didasari dengan tunjang agama, yang mana lebih dekat pada Tuhan. Sebenarnya ramai yang tahu, di mana sudah diingatkan bahawa apa saja pun yang kita lakukan, perkara yang membuat kita jauh dari Tuhan, harus ditinggalkan. Apapun, untuk saya selama ini mungkin tidaklah terlalu jauh dari agama, cuma kurang mendekatkan diri dengan Tuhan dan ini yang cuba saya perbaiki dulu.

Menerusi temu bual berdurasi 15:50 saat itu, Agnes memberitahu bahawa dia sering gagal dalam hubungan cinta sebelum ini mungkin kerana kurang mendekatkan diri dengan Tuhan. Tambahnya, dia masih mencari seorang lelaki yang mampu membawanya dekat dengan agama. Jelasnya lagi, apa yang sudah berlaku dalam hubungan cintanya sebelum ini juga disebabkan dia belum bersedia untuk lebih serius.

Bukan keutamaan bagi saya sekarang ini

Apa yang pernah berlaku dulu, pengalaman saya. Malah, pada masa sekarang pun rasanya untuk menjalin hubungan cinta serius masih lagi bukan keutamaan saya. Kini, apa yang giat saya lakukan adalah belajar memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik sekali gus mendekatkan lagi hubungan dengan Tuhan.

Disoal mengenai perancangan masa hadapan, Agnes menjelaskan bahawa dia banyak mengisi masa lapang dengan aktiviti kemanusiaan seperti menghulur bantuan. Ujarnya lagi, dia tidak mahu berada dalam situasi yang salah apabila ditakdirkan bercinta semula. Di samping itu, dia akan meneliti terlebih dahulu apa sebenarnya yang dia mahukan dalam hidup termasuk bagaimana personaliti pasangan yang akan membimbingnya buat selama-lamanya selepas berkahwin.

Sumber: Daniel Mananta 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×