Sekadar gambar hiasan
Bekas pemain bola sepak didakwa terlibat dengan kes pecah rumah yang berlaku di Pontian, Johor, baru-baru ini sehingga mengakibatkan kerugian hampir puluhan ribu ringgit.
Kes pecah rumah
Sekadar gambar hiasan
Suspek yang berusia 33 tahun itu bersama rakannya ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Penanhanan tersebut dilakukan selepas pihak polis melihat suspek dalam keadaan mencurigakan.
Suspek cuba bertindak agresif apabila Polis cuba menahannya menyebabkan berlaku sedikit pergelutan kerana dia tidak mahu memberikan kerjasama.
Hasil siasatan, suspek mengakui melakukan aktiviti pecah rumah sebelum dia bersama seorang lagi rakannya menunjukkan lokasi di mana hasil rompakan disimpan.
Sekadar info, bekas pemain bola sepak itu agak terkenal beberapa tahun lalu kerana pernah beraksi bersama beberapa pasukan gergasi Liga Super di Selatan dan Utara tanah air.
Malah, dia juga pernah berkelana ke Liga Thailand selama dua tahun selain turut menjalani pemilihan bersama kelab berpengkalan di Jepun.
Kali terakhir dia beraksi bersama pasukan Liga Super adalah pada 2018 bersama kelab berpengkalan di utara tanah air sebelum bekas pemain itu dikatakan menukar haluan dengan bermain bersama skuad Liga M3.
Sumber: Harian Metro