Pemenang Video Of The Year di anugerah TikTok Awards Malaysia 2024, Agy meluahkan rasa syukur apabila strategi menggunakan ahli keluarga untuk mengundi membuahkan hasil.
Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Rangkul Gelaran ‘Creator Of The Year’, Ini Keputusan Penuh Pemenang TikTok Awards 2024
Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Idolakan Khairul Aming Dalam Dunia ‘Content Creator’ – ‘Saya Tidak Meniru Idea Tetapi Mengambil Inspirasi’
Guna ahli keluarga
Mengakui tidak mempunyai ramai pengikut, Agy memberitahu, strategi tersebut merupakan idea daripada bapa saudaranya.
Sejujurnya keluarga saya yang baik mengundi dan berkempen. Perasaan memang bersyukur kerana apa yang keluarga usahakan akhirnya membuahkan hasil.
Strategi gunakan ahli keluarga memang berhasil, strategi itu idea pak long saya. Saya akui memang tiada peminat yang ramai, bergerak sendiri.
Dalam pada itu, Agy berkata sejak dia menjadi pencipta konten, banyak peluang dan rezeki diperoleh.
Menjadi seorang pencipta konten telah membuka banyak rezeki dan peluang kerjaya kepada saya. Tidak pernah sangka banyak rezeki yang masuk, syukur alhamdulillah.
Memang berbaloi sangat usaha dan video yang dihasilkan selama di TikTok.