berita

Ahli K-Clique Jadi Dulang Boys Nikah MK, Netizen Hairan Tak Nampak Tuju

June 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi rap popular, MK dari kumpulan K-Clique sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, kira-kira jam 9.35 pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kini Milik Siti Hajaar, Serah Mas Kahwin RM302 & Seutas Rantai Emas 

Dulang boys

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 kepada Siti Hajaar beserta seutas gelang tangan emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang diadakan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa pengamal media.

Turut kelihatan ahli kumpulan K-Clique yang ditugaskan menjadi pembawa dulang (dulang boys) bagi sebelah pihak lelaki iaitu Noki, Somean, Kdeaf, Fareed, NastyNas dan Gnello.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik di laman TikTok, kesemua ahli K-Clique itu kelihatan begitu segak mengenakan busana berona coklat serta lengkap bersampin.

Mana Tuju?

Pun begitu, kelibat seorang lagi ahli iaitu Tuju tidak kelihatan di hari bahagia MK dan Siti Hajaar.

Rata-rata wargamaya mempersoalkan ketiadaan suami kepada penyanyi rap, Loca B itu sekali gus menimbulkan teka-teki apakah hubungan mereka baik atau sebaliknya.

Sebelum ini, Noki mendedahkan dia secara peribadi sudah lama tidak berkomunikasi dengan Tuju dan percaya penyanyi itu mempunyai alasan tersendiri apabila memilih untuk menjauhkan diri. 

Menurut Noki, sekiranya orang ramai inginkan jawapan, dia menasihati untuk bertanyakan terus kepada Tuju.

Terdahulu, MK dan Siti Hajaar dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Ampang, Mahdi Mat Zain dan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×