berita

Ahli Kumpulan SHINee, Jonghyun Kemalangan Kereta

April 1st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-04-01 at 11.36.01 AM

Melalui media Korea, salah seorang anggota kumpulan K-Pop terkenal iaitu Jonghyun dari kumpulan SHINee telah terlibat dalam sebuah kemalangan kereta.

Difahamkan, Jonghyun telah melanggar pagar jalan di sebuah jambatan awal hari ini selepas pulang dari melawat rumahnya.

Walau bagaimana pun, para peminat Jonghyun tak perlu risau kerana penyanyi kacak ini tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan hanya mengalami sedikit luka dibahagian hidungnya saja. Dia kini menjalani rawatan disebuah hospital yang terletak di wilayah Gangnam.

Kali terakhir kumpulan SHINee turun ke Malaysia ialah pada bulan Januari lepas untuk Golden Disk Award (GDA) yang berlangsung di Sepang.

Sumber : Allkpop

SKIP THIS AD ×