berita

Tempat-Tempat Yang EXO Bawak Explore Ni, Confirm Buat Korang Nak Pergi Korea Harini Jugak!

December 5th, 2018 | by Bieha
Kini Trending

Cakap pasal Korea, mesti orang akan terus kaitkan dengan muzik Kpop, Kpop girl dan boy group, drama Korea, makanan Korea dan macam-macam lagi lah. Senang cerita, Malaysia ni dah dilanda ombak Korea! Tapi, satu yang paling semua orang setuju pasal Korea adalah negaranya yang cantik dan menjadi destinasi pilihan ramai untuk bercuti!

Korang nak ke Korea tapi tak tahu nak pergi mana? Haa..jangan risau sebab Korea Tourism Organization (KTO) bersama duta pelancongan mereka iaitu EXO, boleh guide korang.

Jom ikut oppa-oppa EXO korang bawak tour Korea. Check this out!

Nak tengok Kpop idol korang secara live & jadi Kpop star selama sehari?

Korang pernah tak tengok kumpulan Kpop favourite korang perform secara live? Haa..kalau tak pernah dan nak impian korang jadi nyata, jangan lupa include konsert Live Kpop Lotte dalam itenarari korang. Kat sini nanti, akan ada ramai kumpulan Kpop terkenal yang buat persembahan. Yang penting, EXO pun ada!

Ni lah peluang untuk tengok sendiri Kpop idol korang depan mata. Lain tau feel dia bila tengok konsert live ni, rasa puas sangat! Tengok jelah video kat bawah ni, bestnya kalau dapat pergi!

Haa..untuk korang yang selalu berangan nak jadi bintang Kpop pulak, korang wajib datang ke SM TOWN THEATER & Museum dan realisasikan cita-cita korang tu.

Kat sini, bukan je boleh rasai kehidupan sebenar bintang Kpop, lengkap dengan latihan tarian, latihan vokal dan photoshoot. Siap boleh make over muka korang dengan make up seakan-akan bintang Kpop lagi!

Memang lepas tu korang akan transform habislah. Silap-silap orang ingat korang ahi kumpulan Red Velvet!

Lepas dah feeling-feeling cantik tu, jangan lupa explore SM TOWN THEATER & Museum dan tengok sejarah latar belakang, album, tonton teater, dan beli cenderahati eksklusif dari artis-artis naungan SM Entertainment seperti EXO, Red Velvet, Girls Generation, NCT, SHINee dan banyak lagi!

Shopping sampai 4 pagi, minum kopi yang ada selfie muka korang & kafe yang instagram-worthy!

 

Bila pergi travel, paling penting mestilah gambar untuk dipost kat social media. Gambar kena cun dan on-point! Haa..kalau datang Korea, tak sah kalau korang tak singgah kafe-kafe unik bertema, kedai-kedai cenderamata pelbagai karakter kartun Korea dan juga shopping malls! 

Kalau korang nak tahu, mall kat sini ada yang buka sehingga pukul 4 pagi tau! Shopping sakan lah korang. Mana taknya Korea ni dikatakan syurga bagi produk make-up, produk penjagaan muka dan pakaian dengan fesyen terkini. Memang rasa nak borong semua lah!

Kalau korang nak tahu, night life kat Korea ni happening jugak. Sambil korang pusing-pusing bandar tu, akan ada Kpop busking dan juga festival bunga api di Busan. Cantik gila pertunjukan bunga api ni. Memang rugilah kalau korang tak singgah!

Untuk korang yang sukakan sejarah & tradisi, wajib singgah sini..

Ada kat sini peminat drama Korea bertemakan dinasti zaman dahulu? Haa..kalau anda salah seorang dari peminat drama sejarah dahulu kala ni, korang kena explore tempat-tempat bersejarah di Korea seperti Gyeongbokgung Palace dan Hanokstay.

Kat sini, korang boleh rasai pengalaman tidur di atas lantai rumah tradisi berusia 100 tahun, main mainan tradisional Korea dan makan makanan tradisi Korea.

Paling menarik, korang jugak boleh melawat demilitarized zone (DMZ) iaitu sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Haa..bukan senang nak dapat pengalaman ni!

Nak rasa kena tanam dengan rawatan spa terapi enzim dan dry sauna?

Rawatan dengan cara tanam pelanggan? Pelik je bunyinya kan? Admin pun first time dengar ni. Tapi, ni antara cara rawatan spa unik di Korea iaitu enzyme therapy. Lagi satu, tak lengkap pergi Korea kalau korang tak jejakkan kaki di Korean dry sauna.

Dry sauna yang paling famous kat sana adalah Jjimjil-bang. Di mana korang boleh cuba pelbagai bilik sauna yang dibina dari lumpur, arang, garam dengan suhu antara 40°C hingga 80°C. Barulah macam orang Korea!

Korea ni jugak terkenal dengan rakyatnya yang sihat dan aktif. Nak tahu rahsianya, korang kenalah singgah di kafe-kafe oriental dan cuba pelbagai ubat-ubatan dari herba tradisional Korea. Sambil tu, boleh beli dan jadikan buah tangan!

Makan makan orang Korea!

Selalu kalau tengok drama Korea, macam sedap je tengok diorang makan. Street food diorang pun macam semua best-best. Terliur tengok!

Haa..kalau korang nak try makanan Korea macam Korean BBQ dan makanan street food Korea, jom ke Bamdokkaebi Night Market. Kat sini, ada banyak makanan tradisional dan antarabangsa, barangan handmade, persembahan muzik dan banyak lagi!

Senang cerita korang tengok jelah video ni..

Memancing, surfing & festival mandi lumpur!

Kalau dah bosan shopping dan pusing-pusing bandar, apa kata korang try aktiviti luar yang lain dari lain ni. Kalau korang di Jeju, jangan lepaskan peluang untuk rasai pengalaman memancing di atas bot dan makan ikan fresh yang korang tangkap tu.

Lepas tu, boleh pergi surfing di pantai Yangyang, main luge ride di Skyline Luge Tongyeong, naik zip wire yang menggerunkan di Namiseon dan main lumpur di Suncheon Bay. Bukan selalu tau korang dapat main lumpur. Tak puas lagi main lumpur, korang boleh join pulak Mud Festival yang diadakan di Boryeong sambil menikmati muzik EDM.

Pernah dengar pasal penyelam wanita Haenyeo? Haa..kalau korang nak tahu, Haenyeo ni terdiri dari ahjumma atau wanita berumur yang menyelam untuk cari hasil laut sebagai sumber pendapatan. Korang pun boleh tau cuba menyelam macam haenyeo ni. Kita tengok boleh ke tak korang lawan haenyeo ni semua. Hehe!

Senang cerita, Korea destinasi wajib untuk korang teroka!

exo visit korea

Haa..macam mana? Banyak gila tempat best dan aktiviti menarik kat Korea yang mungkin korang takkan dapat jumpa kat tempat lain kan? Nak berbulan madu, travel dengan kawan-kawan dan keluarga, ataupun backpacking, memang Korea destinasi yang sesuai buat semua!

Jadi, jangan tunggu lagi, tempah penerbangan korang ke Korea sekarang, mana tahu dapat jumpa oppa-oppa handsome EXO!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Korea Tourism Organization dan Facebook KTO