berita

Ahli Parlimen Cadang Tol Gombak Ditutup, Punca Jalan ‘Jammed’ Setiap Kali Musim Raya

November 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14), pelbagai janji dan manifesto telah ‘dijanjikan’ oleh setiap parti bagi memperoleh sokongan rakyat. Antara manifesto yang mendapat perhatian ramai ialah pemansuhan bayaran tol.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, satu cadangan mengenai penutupan plaza tol Gombak di Lebuhraya Kuala-Lumpur disarankan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Kesesakan setiap kali perayaan dan hujung minggu

Menurut Abdul Latiff, plaza tol Gombak itu perlu ditutup berikutan kesesakan lalu lintas buat para pengguna khususnya setiap kali musim perayaan dan hujung minggu. Cadangan itu turut dikemukakan selepas beliau mengambil kira usia tol berkenaan yang kini sudah beroperasi sejak 50 tahun lalu.

Saya dapati berlaku kesesakan di lebuh raya ini setiap kali musim perayaan dan cuti hujung minggu terutama di Plaza Tol Gombak. Untuk pengetahuan menteri, saya setiap minggu melakukan kajian. Setiap minggu saya berulang alik sudah hampir dua tahun melalui laluan ini. Kepayahan dan kesusahan yang di alami oleh rakyat Pantai Timur ini saya rasakan setiap minggu.

Tambahnya, satu sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Perbekalan 2020 Kementerian Kerja Raya, di sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, bakal berlangsung hari ini.

Terpaksa bertolak awal ke parlimen

Pada masa yang sama, Abdul Latiff  turut memberitahu bahawa dia terpaksa bertolak lebih awal setiap kali ke sidang parlimen bagi mengelakkan kesesakan. Malah, sewaktu perayaan Deepavali, beliau terpaksa menempuh kesesakan selama hampir dua jam setengah untuk tiba di Kuala Lumpur.

Setiap hujung minggu khususnya petang Ahad, semua pengguna akan menghadapi tekanan untuk melepasi kesesakan di tol itu, apatah lagi di setiap musim perayaan kerana ia menjadi pintu masuk utama pengguna daripada tiga buah negeri (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Justeru, satu penyelesaian yang holistik dan segera diperlukan. Saya mencadangkan Plaza Tol Gombak perlu dihapuskan segera selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH). Seperti yang kita fahami, antara tujuan pembinaan lebuh raya dan tol ialah untuk mempercepatkan perjalanan tapi, jika ia menjadi punca kesesakan ia perlu di hapuskan segera.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan supaya kementerian menaik taraf jalan alternatif Bentong – Gombak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak. Beliau juga tidak mahu mendengar jawapan bahawa kementerian masih melakukan kajian sedangkan isu ini sering dibangkitkan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×