berita

Maut Ketika Hubungan Intim Dengan Isteri Orang, Mayat Ahli Perniagaan Dibungkus Plastik Ditemui Tepi Jalan

November 30th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas akhirnya terjawab selepas penemuan mayat mangsa dalam keadaan berbungkus dengan plastik di sebuah kawasan terpencil di India. Rupa-rupanya mangsa dilaporkan maut ketika melakukan hubungan intim bersama teman wanitanya, 36 tahun yang merupakan isteri orang.

Mayat dibungkus dalam plastik?

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan India Today, keluarga mangsa telah tampil membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa dan pihak berkuasa mula menjalankan siasatan lanjut yang akhirnya membawa kepada penemuan mayat di satu kawasan terpencil.

Menurut sumber, mangsa, 67 tahun yang merupakan seorang ahli perniagaan itu dikatakan telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita terbabit yang bekerja sebagai pembantu rumahnya. Pada 16 November lalu, mangsa dikatakan telah mengunjungi rumah teman wanitanya namun siapa sangka, mangsa dilaporkan meninggal dunia di atas katil dipercayai akibat serangan jantung ketika melakukan hubungan seks.

Mahu menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang ramai, teman wanita mangsa tergamak melupuskan mayat tersebut dengan bantuan suami serta abang kandungnya. Ketiga-tiga mereka bertindak membungkus mayat mangsa dalam beg plastik dan membuangnya di kawasan terpencil. Ketika di soal siasat, wanita terbabit mengaku telah melupuskan mayat teman lelakinya itu kerana bimbang akan didakwa pihak berkuasa atas kes pembunuhan.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×