Foto: Buletin TV3
Seorang lelaki yang bernama Suhaidi Abdul Hamid mengaku bersalah mencuri wang tunai berjumlah RM22 dari tabung Masjid Pulau Sekati, Kuala Terengganu pada 27 Jun lalu.
Artikel Berkaitan: Ketua Polis Petaling Jaya Bantu Wanita Yang Ditahan Curi Ubat & Makanan Untuk Anak
Nak beli susu anak
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan MalaysiaKini, penganggur berusia 45 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya itu dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmod.
Difahamkan suspek melakukan perbuatan tersebut adalah untuk membeli susu buat anaknya.
Suhaidi yang tidak diwakili peguam itu didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Bantu sediakan peguam
Sementara itu, seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Sunny Ung bakal menghulurkan bantuan buat Suhaidi dengan cara menyediakan bantuan guaman secara percuma buatnya.
Menurut Sunny, kes tersebut sepatutnya boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu dibawa ke mahkamah kerana Orang Kena Tuduh (OKT) berada dalam keadaan terdesak.
Saya difahamkan, OKT tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam kes tersebut. Disebabkan hal itu, saya menawarkan khidmat peguam Tetuan Ahmad Deniel Ruben & Co yang mana segala kos akan saya tanggung sepenuhnya.
Sunny juga berpendapat bahawa Suhaidi wajar mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana dia melakukan perbuatan tersebut hanya kerana ingin membeli susu anaknya.
Sumber: MalaysiaKini