Walaupun sudah lapan tahun berlalu, komposer Ahmad Dhani dan anak lelakinya, Dul Jaelani masih berpegang janji untuk menyara keluarga mangsa kemalangan yang meragut enam nyawa pada tahun 2013.
Tanggung kehidupan enam janda
Melalui podcast di saluran YouTube Deddy Corbuzier, Ahmad Dani mendedahkan dia tidak mengabaikan nasib enam wanita yang bergelar janda selepas suami mereka terlibat dalam kemalangan disebabkan anaknya.
Menurut bekas suami Maia Estianty, dia berusaha sebaik mungkin untuk terus menunaikan janji menanggung kehidupan enam wanita tersebut.
Kalau masih ingat, dulu saya berjanji menanggung wanita-wanita yang kehilangan suami.. meninggal dunia kerana dilanggar anak saya.
Sehingga sekarang saya masih tunaikan janji itu. Saya buat sebagai usaha untuk bantu mereka. Mungkin saya akan menanggung mereka sehingga anak-anak mereka selesai pengajian masing-masing.
Anak tak lepas tangan
Dalam pada itu, vokalis kumpulan Dewa 19 menyatakan Dul Jaelani turut sama membantu menyara seorang wanita.
Dul juga ada menyara salah seorang wanita, jadi saya menanggung lima lagi. Ketika kemalangan berlaku ada di antara mereka mempunyai anak yang masih kecil.
Sumber: Liputan6