Suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz membuktikan kehebatannya dalam sukan bola sepak apabila menerajui carta penjaring terbanyak dalam kancah Liga Bola Sepak Amatur (AFL) A3.
Artikel Berkaitan: Aidil Aziz Terbuka Jika Pengarah Minta Babak Buka Baju – ‘I’m Fully Prepared’
Sumbat tujuh gol selepas empat perlawanan
Menerusi hantaran yang dimuat naik lama Facebook rasmi liga bola sepak berkenaan, Aidil yang juga merupakan ketua pasukan bagi He Clinic FC ketika ini menjadi calon untuk memenangi kasut emas selepas berjaya menjaringkan tujuh gol selepas empat perlawanan peringkat Zon Tengah/Lembah Klang.
Lebih menarik, Aidil itu juga berjaya membantu pasukannya untuk menduduki tempat kedua liga dan hanya dipisahkan sebanyak dua mata dengan pendahulu liga, Asawa FC.
Sekadar info, sebanyak 30 buah kelab sedang bersaing dalam saingan yang Liga Amatur A3 yang sebelum ini dikenali sebagai M5.
Pasukan Aidil, He Clinic FC merupakan antara 10 pencabar yang bersaing dalam Zon Tengah/Lembah Klang.
Sumber: Facebook A-Ligue