Tiada angin tiada ribut, penyanyi Ailee dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Choi Si Hoon.
Ailee, Choi Si Hoon rancang berkahwin
Memetik laporan Allkpop, penyanyi berusia 35 tahun itu dikatakan telah mengikat ikatan pertunangan dengan Choi Si Hoon yang juga merupakan bekas peserta rancangan Single’s Inferno.
Menerusi perkongsian di media sosial, Ailee meluahkan rasa gembira dan terharu dengan penerimaan serta kata-kata positif peminat yang mendoakan kebahagiaan buat dirinya dan kekasih, 31.
Saya bercadang nak kongsikan berita gembira ini bila tiba masanya. Walaupun pada awalnya saya agak kecewa tapi dengan sokongan yang menggalakan daripada anda semua buatkan saya ingin berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang.
Difahamkan, pada Mac lalu, agensi A2Z Entertainment mendedahkan Ailee sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang jejaka dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
Sumber: Allkpop