berita

Aiman Hakim Jawab Kontroversi Fathia Didakwa Bermasalah & ‘Liar’

May 26th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Launching Duta Garnier Men Baru, Aiman Hakim Ridza-10

Walaupun pada mulanya Aiman Hakim Ridza dan kekasihnya Fathia menafikan dakwaan bahawa mereka sedang bercinta, akhirnya pasangan ini akur bahawa hubungan romantis mereka masih dapat dihidu oleh pihak media.

Pernah menjadi perhatian media kerana isu disiplin, sekali lagi nama Fathia dihambat kontroversi apabila dia dikatakan menggunakan alasan tidak sihat untuk mengelak sesi penggambaran dan kemudiannya dilihat berada di sebuah pusat membeli-belah bersama Aiman.

Terkini, menerusi temubual di sidang media Pelancaran Duta Baru Garnier Men, Aiman menjelaskan bahawa dia tidak mampu untuk menghalang pandangan negatif orang ramai terhadap kekasihnya.

Launching Duta Garnier Men Baru, Aiman Hakim Ridza-6

“Aiman sebenarnya tak nak panjangkan cerita dan sepatutnya tiada kena mengena dengan Aiman pun. Kebetulan memang Fathia sendiri tak sihat dan dia terus ke klinik dan ambil inhaler.

Selepas itu Fathia call sendiri orang itu untuk beritahu dia dah okay untuk pergi photoshoot. Tapi dia dimaklumkan bahawa sudah diganti dengan orang lain.”

Tidak cukup dengan itu, nama Fathia juga mula menjadi buah mulut orang ramai apabila dia tampil terlalu seksi sebagai cover girl majalah sehinggakan dilabel sebagai gadis liar.

“Bagi Aiman semua orang ada pandangan masing-masing. Sesetengah anggap seksi dan ada juga anggap tak seksi. Sekarang ini semua orang boleh bercakap. Jadi, terpulang pada mulut masing-masing. Itu adalah pandangan mereka dan Aiman tiada hak nak halang.”

Launching Duta Garnier Men Baru, Aiman Hakim Ridza-17

Aiman mengikat kontrak selama setahun sebagai duta Garnier Men

Beralih kepada soal karier, Aiman menyatakan rasa gembiranya apabila dipilih sebagai duta untuk produk Garnier Men selama setahun. Menariknya, tanggungjawab sebagai duta produk tersebut bakal digalas bersama-sama dengan Fahrin Ahmad.

Tidak cukup dengan itu, Aiman juga kini sedang sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru berjudul ‘Selamat Pengantin Madu’ dan proses rakaman single terbaru bersama Tam Spider dan M. Nasir.

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×