Penyanyi, Aiman Tino akui sudah hilang sabar apabila masih belum menerima baki bayaran selepas membuat persembahan di sebuah acara di Sabah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Berselera Sedut Air Dari Mulut Aiman Tino, Netizen Kata Sweet Do’oh!
Tuntut hutang RM8,000
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Aiman berkata dia tidak teragak-agak untuk membawa hal tersebut ke muka pengadilan selepas hampir setahun menuntut hutang berkenaan.
Malah, penyanyi berusia 27 tahun itu meminta bantuan orang ramai untuk mencari pasangan suami isteri didakwa merupakan penganjur acara tersebut.
Tujuan saya membuat posting ini adalah untuk mencari penganjur funfair di Sabah yang telah berhutang dengan saya dari tahun 2022 sehingga kini.
Pelbagai alasan diberi untuk mengelakkan dirinya daripada terus berhubung dengan saya sampai hari ini.
Saya telah pun mesej berkali-kali meminta hutang yang tidak selesai lagi tetapi saya tidak mendapat sebarang respon atau mesej daripada pihak penganjur.
Saya hubungi banyak kali, tidak angkat. Mesej tidak berbalas, ini ke cara orang berhutang dan buat tidak tahu sedangkan masih bergiat aktif buat acara funfair di Sabah sehingga hari ini?
Dalam masa sama, pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu berkata dia mempunyai segala bukti untuk mendakwa penganjur terbabit ke mahkamah.
Dalam bukti bergambar, penganjur berkenaan berjanji untuk menyelesaikan baki bayaran persembahan berjumlah RM8,000 kepada Aiman pada sebuah di Sabah yang telah berlangsung pada 1 November 2022.
Saya ada semua bukti mesej, tolong jangan putar belit. Saya tidak akan memadamkan posting ini sehingga ahli keluarga atau wakil pihak penganjur menghubungi saya dan membuat bayaran hutang penuh. Saya juga tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah.