berita

Ain Edruce Jadi Pengacara Baharu Melodi Ganti Nabila Huda

July 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ain Edruce dipilih sebagai pengacara program Melodi yang baharu bagi menggantikan Nabila Huda bermula semalam. Menurut penerbit Melodi, Michelle Wee, pemilihan Ain adalah sesuai dengan ‘DNA’ program hiburan popular itu selain mudah memberikan kerjasama.

Ain seorang saja pengacara

Ain memulakan tugas sebagai pengacara Melodi hari ini. Buat masa sekarang, memang Ain seorang saja pengacara, tapi setiap minggu kami akan menampilkan artis jemputan sekali gus menjadi rakan pengacara. Sama ada selepas ini kita akan menggandingkan Ain dengan pengacara lain atau kekal dengan konsep sebegini, segalanya bergantung kepada kesesuaian dan perbincangan bersama pihak pengurusan.

Ujar Michelle, pemilihan Ain sesuai dengan program Melodi dan menepati cita rasa penonton selain mempunyai ‘followers’ yang besar. Tambahnya, sebelum ini Ain pernah menjadi hos program MBuzz Melodi dan beberapa program terbitan TV3 yang lain. Dalam masa yang sama, banyak klien sukakan Ain jelas Michelle.

Selepas episod pertama penampilan Ain dengan Melodi hari ini, saya dan pasukan produksi berpuas hati. Begitu juga dengan pengurusan. Dia sudah menyelesaikan tanggungjawab sebagai pengacara solo dengan baik. Dia bagi ‘all out’. Tidak ada apa-apa kesilapan daripada dia. Dia juga boleh terima arahan pada saat akhir. Pendek kata, dia sangat senang bekerjasama, tak banyak kerenah dan cepat belajar.

Pendapat masing-masing

Disoal mengenai rungutan segelintir penonton dan netizen yang berpandangan gaya pengacaraan Ain ‘membingitkan’ berdasarkan persembahan pada program lain sebelum ini, Michelle memberitahu, dia ambil maklum mengenai perkara tersebut.

Setiap penonton ada pendapat masing-masing. Ada yang nak ceria, ‘loud’ dan menceriakan Ahad mereka. Jadi, perkara ini sangat subjektif. Kemunculan Ain dalam Melodi sebagai medium pengacara yang menyampaikan. Sudah tentu ada masa kena ‘loud’, ‘tone down’, ‘gila-gila’ dan serius. Semua ini kita akan ‘guide’.

Apa pun, kena dengar pendapat majoriti juga. Kadang-kadang pandangan netizen tak boleh jangka. Contohnya semalam, dia sudah kurang bingit, cuma ada masa terlepas. Saya dah beritahu setiap minggu kena tengok semula persembahan dan perbaiki. Ain pun jenis terbuka dan terima pendapat. Kalau netizen tak suka bingit tu, jadi dia kena perbaikilah. Macam dulu pun ada juga hos Melodi yang bingit, tapi tak semua.

Akhir sekali, Michelle memberitahu dia melihat Ain sebagai pelapis kepada pengacara sebelum ini. Jelasnya, Ain tidak ‘fake’ dan sama sahaja di hadapan mahupun di belakang kamera. Michelle berharap semua penonton dapat memberi peluang kepada Ain.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×