Pelakon dan pengacara, Ain Edruce meluahkan rasa syukur selepas anaknya, Soraya sudah beransur pulih selepas diserang sawan pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Ain Edruce Tinggalkan Set Melodi Lepas Dapat Tahu Anak Diserang Sawan – ‘Hanya Tuhan Saja Yang Tahu Perasaan Aku Macam Mana’
‘Jangan bagi mommy risau dah tau’
@ain.edruceThank you semua yang mendoakan Soraya.. Alhamdulillah Soraya dah discharged and active mcm biasa dah kat rumah.. Soraya jangan bagi mummy and daddy takot dah tau ??? Love You Most??? Permata – Meer Nash
Menerusi TikTok, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memuat naik video memaparkan keadaan Soraya yang sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Dapat dilihat suami kepada Ain iaitu Amirul melompat kegembiraan bersama anak kesayangannya.
Dalam pada itu, pengacara Melodi itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesembuhan anaknya itu.
Terima kasih semua yang mendoakan Soraya. Alhamdulillah, Soraya dah ‘discharged’ dan aktif macam biasa di rumah.
Soraya jangan bagi mommy dan dadyy takut dah tau, sayang Soraya.
Terdahulu, Ain berkongsi rasa cemasnya apabila mendapat berita mengenai Soraya yang diserang sawan ketika dirinya sedang menjalani sesi raptai program Melodi bersama Bell Ngasri.
Sumber: TikTok