Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pemergian seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Hawa Sidek disebabkan kanser. Allahyarham sebelum ini dikenali ramai disebabkan telatah lucunya bersama anak perempuannya, Nurul Ain.
Artikel Berkaitan: Ibu Viral Sering Sakat Anak Meninggal Dunia, Sembunyi Rahsia Hidap Kanser Disebalik Gelak Tawa
‘Doktor takut mama tak sempat sampai esok’
Menerusi perkongsian di Tiktok, Ain menceritakan kembali detik-detik terakhir sebelum arwah ibunya dijemput Ilahi. Menurut gadis ini, sebelum dimasukkan ke dalam wad, ibunya sudah berada dalam keadaan lemah selain sesak nafas. Malah makan minumnya juga sudah tidak menentu. Susulan daripada itu, Siti Hawa telah dimasukkan ke wad kecemasan (zon merah).
Ketika Ain teman mama, jadi doktor panggillah Ain. Doktor beritahu mama dah kanser tahap empat yang sangat kritikal. Dia tak boleh bedah dan buat apa-apa. Jadi dia (doktor) akan buat untuk keselesaan mama sahaja.
Doktor kemudian memberitahu Ain supaya menghubungi ahli keluarga terdekat memandangkan Siti Hawa berada dalam keadaan kritikal pada waktu itu.
Doktor takut mama tak sempat sampai esok. Waktu Ain jaga mama, mata separuh sedar dan dia sentiasa pejam. Tapi satu masa tu, beberapa saat sahaja dia buka mata kejap. Mata dia kuyu je depan Ain. Dia nak cakap sesuatu tapi Ain tak faham.
‘Mama dah tak bernafas, mama dah tak ada’
Ain akui, pada masa itu dia hanya berharap berlakunya keajaiban namun dia reda sekiranya ibu tersayang pergi buat selama-lamanya memandangkan wanita itu sudah menanggung derita kanser selama dua tahun.
Lepas itu, mak cik Ain datang suruh pergi makan. Tapi Ain kata lah, Ain tak nak. Ain takut mama pergi masa Ain turun makan. Tapi mak cik Ain paksa Ain suruh makan. Ain pun turun lah pergi makan sekejap.
Lepas tu, mak cik Ain turun. Bila naik semula ke wad dan sampai ke katil mama, mama dah tak bernafas. Mama dah tak ada.
Bercerita dnegan lebih lanjut, Ain akui sangat terkilan kerana tidak dapat berada di sisi ibunya di saat akhir. Bagaimanapun, Ain menganggap itu mungkin satu hikmah buat dirinya.
Dalam pada itu, Ain turut berharap orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada ibunya.
Sumber: Niayien (Nurul Ain)