Konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal berlangsung pada 27 Disember ini telah dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Dedah Kisah Disebalik Busana ‘Broken Heart’, Netizen Komen ‘Kalau Separuh Akhir Macam Ni, AJL Pula Macam Mana?’
Artikel Berkaitan: ‘Beliau Adalah Figura Yang Sentiasa Ada Di Hati Saya’ – Aina Abdul Bangga Siti Nurhaliza Digelar Biduanita Negara
Semua boleh duduk
Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, keputusan itu dibuat bagi memberikan keselesaan dan suasana eksklusif untuk para peminat yang hadir.
Konsep ini lebih dekat dengan jiwa saya selain mahu peminat benar-benar mendengar, merasai dan menghayati setiap lagu yang dibawakan.
Saya berharap dengan perubahan yang dibuat menambah keterujaan kepada peminat serta penonton untuk menyaksikan persembahan demi persembahan yang bakal ditampilkan.
Potongan 30%
View this post on Instagram
Dalam masa sama, pemenang tiga kali vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL) itu turut mengumumkan potongan eksklusif sebanyak 30 peratus untuk tiket di semua kategori.
Tawaran itu termasuk untuk dua lokasi lain yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember ini dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari tahun hadapan.
Saya berharap tawaran ini akan membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan setiap detik persembahan saya.
Bagi lokasi di Zepp KL, tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.
Untuk harga tiket di UMS dan UUM pula bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).
Tiket boleh dibeli di laman rasmi www.ticket2u.com.my atau membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.