Kemelut rumah tangga yang melanda selebriti tanah air ketika ini, membuatkan penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul terdetik untuk mencipta sebuah lagu yang berjudul Puas Sudah.
Artikel Berkaitan: Masalah Dalaman Jadi Punca Pengunduran Pengurus Aina Abdul
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Siti Nurhaliza Baik Sahaja’ – Aina Abdul
Puas Sudah
Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, dia terpanggil untuk menulis lagu tersebut kerana merasa simpati dengan nasib selebriti itu.
Bagaimanapun, jelas Aina, dia enggan untuk menyebut mana-mana nama selebriti yang menjadi sumber ‘inspirasi’ untuknya menyiapkan karya terbaharu itu.
Saya tidak mahu namakan mana-mana selebriti yang menjadi sumber inspirasi kepada lagu ini (Puas Sudah), saya rasa umum pun boleh faham sendiri.
Tetapi, itu lah yang menjadi inspirasi terbesar kepada lagu ini dan sekali gus saya terpanggil untuk menciptanya.
Saya cuba merasa simpati ke atas nasib yang menimpa selebriti berkenaan dengan keadaan tersebut (polemik rumah tangga), saya dedikasikan kepada semua mangsa.
Aina berkongsi mengenai perkara ketika sesi sidang media sejurus konsert A Night With Aina Abdul Uni Edition melabuhkan tirai di Universiti Malaya pada Sabtu.
Malah, buat julung kalinya, Aina telah menyampaikan lagu Puas Sudah secara langsung di depan 2,500 penonton yang hadir pada konsert berkenaan.
Idea
Ditanya mengenai idea asal mencipta lagu Puas Sudah, Aina berkata, idea itu datang selepas dia melihat banyak polemik rumah tangga selebriti di media sosial ketika melakukan perjalanan (trip) ke Jakarta pada hujung tahun lalu.
Idea asal tercetus sewaktu saya buat trip ke Jakarta, Indonesia dan ketika itu saya buka sosial media kemudia lihat banyak kes yang melibatkan selebriti tanah air, nama itu nama ini.
Dalam masa sama, saya juga rindu untuk menulis sesuatu lagu yang berkaitan dengan isu semasa. Sebab beberapa lagu saya berkaitan isu semasa, contoh Sumpah berkaitan masalah kesihatan mental. Semalam dari segi keganasa fizikal (domestic violence). Manakal Sepi dan Terus Hidup tentang saya harus berjuang.
Jadi untuk lagu seterusnya ini, mengapa tidak kita ‘meraikan’ wanita-wanita daripada lelaki yang berdepan masalah ini.
A Night With Aina Abdul Uni Edition berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 2,500 penonton yang mengisi lopong setiap kerusi yang ada.
Selain menyanyikan lagu baharu, pada malam itu Aina telah menyampaikan lebih 10 buah untaian lagu hist miliknya termasuk Sumpah, Terus Hidup, Semalam, Sepi, Ghost dan banyak lagi.
Dalam pada itu, Aina turut menyampaikan beberapa buah lagu dari penyanyi Indonesia yang disampaikan secara medley, antaranya Hijrah Cinta, Sisa Rasa, Sang Dewi dan Tak Ingin Usai.
Dalam perkembangan lain, Aina berkata dia dan pasukannya sedang mempersiapkan diri untuk menjayakan konsert berskala besar bagi A Night With Aina Abdul 3.0 yang dijangka berlangsung pada tahun ini.