Penyanyi Aina Abdul mengakui berasa sedih apabila sering dibandingkan dengan beberapa penyanyi tanah air yang lain.
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Puas Sudah’ Juara Pilihan Peminat Versi ‘Online’, Raih Hampir 30,000 Undian Tewaskan Finalis Lain
Artikel Berkaitan: #CSOIAM: Aina Abdul Puji Suara & Bakat Jimi, Percaya Boleh Menang Hadiah Sejuta – ‘Dia Perlu Diangkat’
Sering dibandingkan
Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, dia berasa pelik mengapa situasi itu hanya berlaku kepada penyanyi wanita, namun tidak terjadi terhadap kelompok penyanyi lelaki.
Saya tak baca tetapi saya disampaikan, setiap minit berlaku. Saya sedih kerana kalau kita lihat daripada perbandingan yang dicakap-cakap adalah semua tentang penyanyi wanita.
Itu sangat menyedihkan. Kita tak pernah pula lihat penyanyi lelaki dibanding-bandingkan.
Kenapa industri kita perlu sampai ke tahap ini, perlu bandingkan penyanyi wanita ini dengan penyanyi wanita lain. Kenapa tidak kita raikan semua.
Kenapa peminat muzik yang aktif di sosial media menggunakan topik ini sebagai luahan hati mereka.
Aina berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Confession Bilik Gelap yang dikendalikan oleh Sudirman Mohd Tahir di YouTube.
Rasa ‘awkward’
Kongsi pelantun lagu ‘Terus Hidup’ itu lagi, situasi berkenaan membuat dirinya berasa janggal untuk bersemuka dengan penyanyi yang dibandingkan.
Penyanyi wanita yang dibandingkan merupakan kawan saya. Saya tidak rasa janggal dengan dia, namun disebabkan kata-kata orang di luar sana yang buat saya dan dia jadi ‘awkward’.
Hati wanita sedikit lain, untuk kami lalui perkara itu juga satu kesusahan. Macam mana kalau saya bertembung dengan mereka (penyanyi dibandingkan)?
Saya kena fikir pula perasaan mereka dan juga saya. Saya rasa benda ini tak akan reda.
Sekadar info, Aina bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) menerusi karya ciptaan sepenuhya sendiri berjudul ‘Puas Sudah’.
AJL39 bakal berlangsung pada 16 Februari di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan juga dipancarkan ‘live’ di saluran TV3 dan aplikasi Tonton, jam 9 malam.
Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, edisi kali ini menyaksikan 10 karya hebat bakal berentap untuk merebut anugerah utama.