Pelakon Ainul Aishah memberitahu dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan, semalam. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Ainul Aishah & Suami Bakal Timang Anak Perempuan
Baby girl!
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ainul berkata dia selamat bersalin pada pukul 12.46 tengah hari.
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 29 Mei 2024 pada pukul 12.46 tengah hari.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Ainul tidak berkongsi lebih lanjut mengenai kelahiran bayi sulungnya itu. Malah, dia juga masih merahsiakan nama dan wajah anaknya.
Tambah Ainul, dia bersedia menerima kedatangan tetamu yang mahu melawatnya di hospital.
Kepada rakan-rakan dan keluarga yang berhasrat untuk melawat saya dan bayi di hospital, WhatsApp atau DM (mesej langsung) saya okey.
Sekadar info, Ainul mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Khalid Redzuan pada September 2022 selepas lima tahun bercinta.
Sumber: Ainul Aishah