berita

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Raih Kutipan RM30 Juta Selepas 4 Minggu

September 21st, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Pelakon, Nas-T meluahkan rasa syukur apabila filem yang dibintanginya, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan sebanyak RM 30 juta setakat ini.

‘Terima kasih Malaysia dan Singapura

Di Instagram, Nas-T berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik satu foto mengenai pencapaian Air Force: Selagi Bernyawa selama 4 minggu ditayangkan di pawagam.

Nas-T juga meluahkan rasa berterima kasih kepada semua penonton yang sentiasa memberikan sokongan dan menonton filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu.

Alhamdulillah! RM 30 juta tercapai setelah 4 minggu #AirForceTheMovie ditayangkan! Terima kasih Malaysia dan Singapure! Yang belum tengok, esok tiket murah, go go go

Secara ringkas, filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang telah terkandas di Namburi akibat kapal terbang TUDM ditembak oleh musuh. Oleh itu, pasukan TUDM yang berada di Malaysia merancang untuk menyelamatkan PASKAU.

Selain daripada Nas-T, filem ini turut menampilkan Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Pablo Amirul, Johan As’ari, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Jack Tan, Carmen Soo, Sara Ali dan Scha Alyahya.

Sumber: @nvst1

SKIP THIS AD ×