berita

Air Selangor Meriahkan Aidilfitri Kanak-Kanak Tiga Rumah Kebajikan Dengan Rumah Terbuka!

May 21st, 2022 | by Syazwani Shaharudin
Kini Trending

Sambutan Aidilfitri disambut dengan meriah menerusi rumah terbuka Sesama Mara Raikan Raya anjuran Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bersama Media Prima Berhad. Sambutan ini diraikan bersama tiga rumah kebajikan iaitu Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chow Kit, Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Nur Sakinah.

Selain daripada jamuan hari raya untuk meraikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini, Air Selangor juga telah menyumbang bantuan pembiayaan pendidikan dan keperluan asas kepada tiga rumah kebajikan tersebut untuk membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan mereka.

Sesama Mara raikan raya dengan membantu golongon B40 yang terkesan!

‘Sesama Mara Raikan Raya’ merupakan salah satu inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sesama Mara yang bertujuan untuk membantu komuniti terutama sekali golongan B40 yang terkesan semasa pandemik COVID-19.

Bukan itu je, antara inisiatif yang Sesama Mara laksanakan adalah Box of Hope, bantuan pembaikan paip dalam dan juga kursus kemahiran perantis tukang paip.

Box of Hope Air Selangor memberikan sinar harapan buat mereka

Air Selangor mengagihkan 522 kotak Box of Hope yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, barangan kering dan tepung kepada keluarga B40.

Program ini diadakan sepanjang bulan Ramadan yang lalu, melibatkan keluarga B40 yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Air Selangor juga telah menyediakan bantuan khas sempena Hari Raya iaitu bantuan perkakasan rumah, pembiayaan pendidikan serta pembaikan paip dalaman secara percuma untuk empat (4) buah rumah kebajikan terpilih.

Korang boleh menyumbang di shopping mall juga!

Buat pengetahuan korang yang ingin turut serta dalam memberikan bantuan menerusi inisiatif Box of Hope dengan menyumbang barang keperluan asas di 5 cawangan Village Grocer. Ini antara cawangan-cawang yang terpilih:

  • MyTown, Cheras
  • 1Mont Kiara
  • Melawati Mall
  • i-City
  • Tamarind Square

Nak lagi senang, korang boleh menyumbang melalui transaksi perbankan dalam talian di akaun bank CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 dengan menyertakan nota catatan Bantuan Inisiatif Box of Hope. Untuk maklumat lanjut mengenai program-program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor.

SKIP THIS AD ×