berita

AirAsia Bawak Korang Pusing Satu Asean dengan hanya RM499. Memang Epik Habis!

October 3rd, 2017 | by Noraniza
Shout Out!

Kalau korang nak tahu, AirAsia telah pun mengadakan satu kempen yang sangat awesome dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana airlines lagi tau! Kempen ini memang boleh dikatakan one in a million! Admin pun teruja gila bila dapat tahu pasal kempen ini!

Ha, kalau korang nak tahu kempen ini dipanggil ‘Adventure Live’ yang disiarkan secara Live dari 6 destinasi di Asia Tenggara. ‘Adventure Live’ ini telah dilakukan melalui aplikasi Facebook Live.

Siri ini juga adalah sebahagian daripada kempen ‘Live Life Unexpected’ oleh AirAsia untuk menggalakkan pelancong meneroka dan merasai sendiri pengalaman unik di negara Asean. Juga sempena ulang tahun Asean yang ke-50! Wohooo HAPPY 50th BIRTHDAY, ASEAN!!

6 negara, 6 minggu bersama 2 host yang sangat hebat untuk AirAsia ‘Adventure Live’ ini!

Kempen ini bermula sejak 16 Jun 2017 dengan kerjasama Tune Protect dan dijayakan oleh syarikat perfileman Malaysia yang memenangi anugerah iaitu We are KIX! Mereka semua ini memang gempak gila kalau korang nak tahu. Kempen ini juga dihostkan oleh Natalie Kniese dan juga Denise Chan. Patutlah best, host yang dipilih pun memang terbaik!

Kiri di bawah: Natalie & Ion (berdiri pegang mic) iaitu director untuk We are KIX bersama team mereka yang super-duper awesome!

Denise (tengah) bersama penari budaya di Luang Prabang

Oh ya, perjalanan mereka bermula di destinasi pertama iaitu Hanoi, Vietnam sebelum meneruskan perjalanan ke Cebu, Filipina, Yangon, MyanmarPhnom Penh, Kemboja, Lombok, Indonesia dan Luang Prabang, Laos

Perjalanan mereka ke semua tempat ini memang sangat exciting dan adventurous! Host Natalie dan Denise juga dikatakan baru pertama kali buat semua challenge ini dan mereka sangat seronok dan berbesar hati melakukannya. Memang power habis dorang ni!

Untuk korang yang telah terlepas untuk menyaksikan Live video mereka ini, jangan risau! Semua series pengembaraan AirAsia telah disiarkan secara eksklusif di Facebook AirAsia sendiri. Korang boleh check out kat sana dan tengok. Kalau tak excited, admin tak tahu nak cakap apa sebab kempen ini memang awesome gila! Klik di link ini – AirAsia Official Facebook.

Penonton Adventure Live boleh ‘vote’ guna emoji je untuk challenge yang mereka ingin lihat host lakukan. Exciting sangat!

Pelbagai aktiviti dan challenge yang telah Denise dan Natalie lakukan selepas penonton vote melalui aplikasi Facebook Live tersebut. Memang cool gila! Cara untuk vote senang je, penonton boleh gunakan emoji atau komen di ruangan yang telah disediakan untuk pilih  lokasi yang mereka bakal pergi dan apa aktiviti yang mereka patut lakukan. Senang kan? Best pulak tu boleh main vote-vote ni!

“Saya tidak akan melakukannya lagi, tapi sekurang-kurangnya saya cuba” – Natalie

Natalie juga mengatakan bahawa dia tidak pernah pergi ke mana-mana lokasi yang telah di bawa oleh AirAsia untuk kempen ini. Natalie juga telah membaca review online tentang semua tempat yang dia akan pergi dan berasa sangat gembira setelah berjumpa dengan penduduk tempatan di setiap negara yang sangat friendly dan ringan tulang!

Natalie adalah seorang yang sangat suka untuk lakukan perkara yang mencabar. Tapi kali ini, kempen ‘Adventure Live’ ini telah mengajarnya untuk mencuba sesuatu yang baru seperti merasai Snake Venom dan Fried Cricket! Wow pelik habis tu, tapi kena try jugak kan untuk tahu macam mana agaknya rasa benda tu.

Natalie mencuba untuk minum Snake Venom. Macam mana agaknya rasa benda tu kan?

“Keluar daripada Comfort Zone dan lakukan sesuatu yang tidak selalunya korang buat!” – Denise

Host kedua iaitu Denise sangat enjoy dengan trip ini! Walaupun nampak kecik, tapi boleh tahan jugak tau energy dia. Menurut Denise, part yang paling menjadi kesukaan dia adalah makan kalajengking di Phnom Penh, Kemboja! Dia juga mengatakan telah mencuba semua jenis crawlies yang menakutkan seperti tarantula, katak dan sebagainya di belakang kamera! Wah, hebat betul Denise ni.

Denise juga merasa sangat gembira bila berada di Luang Prabang kerana katanya tempat itu sangat tenang dan dia merasakan seperti dia dan team yang lain je yang ada di bandar itu selepas mengeluarkan tenaga yang banyak untuk menjayakan show ini!

Korang semua memang PATUT pergi bercuti ke Luang Prabang ini! Memang macam-macam ada dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sana tau. Kalau korang nak tahu, Luang Prabang juga adalah UNESCO World Heritage Site yang mempunyai keunikkan tersendiri dengan adanya French Villa yang sangat menarik, kuil-kuil Buddha juga suasana yang begitu santai. Kalau nak pergi, boleh Google sendiri. Tempat yang sangat menarik untuk bercuti!

Tiket Penerbangan PERCUMA ke mana-mana destinasi ASEAN yang dipilih untuk penonton Adventure Live AirAsia. Fuh bestnya!

Facebook Live untuk ‘Adventure Live’ AirAsia ini telah terima banyak respon daripada penonton tau. Hanya dalam masa 6 minggu, mereka telah mengumpul 661,447 views, 9,363 komen dan juga 76,968 reactions untuk Facebook Live ini. Hebat kan?!

Oh ya, untuk yang menonton Adventure Live ini juga boleh menang AirAsia BIG Points untuk menebus penerbangan secara PERCUMA dari AirAsia. Wahhhh, bestnya weih! Jangan risau, untuk yang terlepas kempen dari AirAsia kali ini, korang boleh Stay Tuned untuk ‘surprise’ lain yang menanti!

Selain itu, korang boleh ke seluruh negara Asean dengan AirAsia Asean Pass ini. Wah menariknya!

Oh ya, korang juga boleh dapatkan AirAsia Asean Pass untuk bercuti dengan rakan-rakan, keluarga dan yang tersayang. Ada lebih 80 destinasi menarik yang korang boleh pergi di 10 negara Asean iaitu:

Thailand

Indonesia

Myanmar

Vietnam

Singapore

Brunei

Kemboja

Malaysia

Laos

Filipina

AirAsia Asean Pass ini memang sangat sesuai untuk pelajar kolej yang ingin bercuti sepanjang semester break mahupun yang telah bekerja dan ingin pergi bercuti ‘short getaway‘ ke negara Asean. Nak pergi Europe jauh sangat pulak kan, apa kata kita explore Asean dulu. Best tau! Belum cuba, belum tahu.

Apa yang menarik tentang AirAsia Asean Pass ini?

Kredit penerbangan untuk menebus penerbangan supaya tidak terjejas oleh tambang berfluktuasi
Tiada bayaran pemprosesan untuk flight redemption
Dapat kumpul AirAsia BIG Points

80 destinasi, 10 negara dalam 1 perjalanan yang sangat epik bersama AirAsia Asean Pass ini! Yay!!

Terdapat 2 jenis pass yang boleh didapati iaitu AirAsia Asean Pass dan AirAsia Asia Pass Plus.

Bagaimana cara untuk korang guna AirAsia Asean Pass ini? Ini caranya!

Kalau korang plan untuk bercuti selama 2 minggu, boleh ikut sample itinerary kat bawah dan tengok berapa kredit yang korang perlukan!

Hanya 10 kredit pada harga yang sangat rendah iaitu RM499 sahaja dan korang berpeluang untuk mengunjungi 5 negara! Bestnyaaaaa!

Kuala Lumpur ke Siem Reap, Cambodia (3 kredit)

Siem Reap ke Bangkok, Thailand (1 kredit)

Bangkok ke Yangon, Myanmar (1 kredit)

Yangon – Bangkok (1 kredit)

Bangkok ke Luang Prabang (1 kredit)

Luang Prabang ke Kuala Lumpur (3 kredit)

Untuk maklumat lanjut tentang AirAsia Asean Pass ini, korang boleh check sendiri. Link di bawah:

Happy Holiday uols!

Sebelum tu, jom tengok Wrap Up video Adventure Live AirAsia ni dulu. Syok habis beb!

AirAsia Adventure Live season 2? OMG bila? Pergi mana?!

Berita gempak untuk semua! AirAsia juga ada plan untuk buat ‘Adventure Live’ season 2. Tapi sebelum itu, kalau korang ada apa-apa cadangan tentang tempat yang sesuai dan aktiviti apa yang patut mereka lakukan selepas ini, boleh tinggalkan cadangan anda di ruangan komen Facebook OHBULAN! Ok? Kita tengok AirAsia akan buat tak. Hehe

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×