Pempengaruh media sosial, Aireena Sofia, pernah melalui detik mencemaskan apabila diekori individu tidak dikenali.

Artikel Berkaitan: ‘Nak Cakap Ego Ke Terpulang, Saya Utamakan Maruah Diri & Anak Dulu’ – Aireena Sofia Mohon Doa Orang Ramai

Artikel Berkaitan: ‘Lepas Saya Ditinggalkan Ketika Berpantang, Dia Sekali Lagi Curang Dengan Gadis 18 Tahun’ – Isteri Haqiem Stopa

Fikir untuk selamatkan diri sahaja

Menurut Aireena, 21, insiden itu berlaku ketika dia keluar bersendirian.

Jelas isteri kepada pempengaruh Haqiem Stopa itu, ketika kejadian, fikirannya hanya tertumpu pada cara untuk menyelamatkan diri.

Saya orang dikenali, tak tahu apa niat sebenar individu yang mengekori. Insiden itu berlaku ketika zaman bujang.

Memandangkan waktu itu saya sendirian, saya tak tahu apa perlu dilakukan melainkan cara jalan untuk melarikan diri.

Aireena berkata demikian ketika pelancaran produk baharu kamera papan pemuka (dashcam) jenama 70mai iaitu A810s 4K Dash Cam dan M800 4K Dash Cam di 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Model A810s menawarkan rakaman 4K Ultra-HD sebenar hasil penggunaan sensor Sony STARVIS 2 manakala M800 hadir dengan rakaman 4K HDR menggunakan lensa sudut lebar bagi liputan menyeluruh dan mod pemantauan parkir 24 jam.

Pentingnya pasang ‘dashcam’

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, pada zaman sekarang meskipun hati kita sentiasa bersangka baik, niat sebenar individu terbabit tetap tidak dapat dijangka.

Zaman sekarang kita tak tahu apa niat orang yang mungkin nak buat gangguan seksual dan sebagainya.

Saya pula jenis keluar bersendirian jadi agak bahaya.

Justeru, Aireena menegaskan betapa pentingnya memasang dashcam di setiap kenderaan demi menjamin keselamatan, khususnya buat golongan wanita.

Dengan adanya alat berteknologi tinggi seperti dashcam, saya rasa keselamatan kita terutama kaum wanita lebih terjamin kerana ada bukti rakaman.