
Pelakon Zila Bakarin menyifatkan penyanyi, Aisha Retno sebagai artis yang cukup kreatif dalam berfesyen.
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Mohon Maaf Selepas Ditegur Salah Pakai Aksesori Etnik Iban, Janji Akan Lebih Teliti
Artikel Berkaitan: ‘Reward Diri Sendiri Dengan Mic Custom-Made Selepas 8 Tahun Dalam Industri’ – Aisha Retno
Fesyen Aisha Retno
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Aisha memuat naik video pendek memperlihatkan busana unik yang digayakannya.
Hantaran itu kemudian mendapat perhatian Zila dan menyifatkan Aisha sebagai artis yang tidak memerlukan pereka fesyen atau penaja untuk tampil bergaya kerana mampu menggayakan apa sahaja dengan penuh keyakinan.
Tak nak komen artis sebenarnya.. takut.! Tapi akak minat dekat awak akak komen juga la.
Awak satu-satunya artis jimat kos, asal boleh. Tak perlu designer. Tak perlu sponsor, agaknya lah. Capai apa yang boleh. Janji ada kain sapu lantai, kepak-kepak dekat belakang sudah.
Bagaimanapun, Zila menjelaskan komen tersebut hanyalah gurauan semata-mata, malah turut memuji Aisha yang tetap bergaya dan cantik tidak kira apa sahaja pakaian yang digayakannya.
Tak apa beb, artis pakai apa pun cantik.. jangan marah ya.
Pada masa sama, orang ramai turut memuji keberanian Aisha dalam bereksperimen dengan gaya fesyen yang unik dan berbeza.
Sumber: Threads






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

