Penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menghiburkan peminat sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Artikel berkaitan: Aisha Retno Berterima Kasih, Nyanyian Pelat Leona Lonjakkan Tontonan Lagu ‘Ketipak Ketipung Raya’ – ‘Kesilapan Itu Comel & Tak Dibuat-Buat’
Artikel berkaitan: Impian Jadi Kenyataan! Aisha Retno Bakal Beraksi Di Indonesia Selepas Raih Kemenangan Di AJL38
Boleh bertemu peminat
Menurut Aisha, dia berasa gembira tatkala diberi peluang untuk melakukan persembahan di khalayak umum secara besar-besaran.
Alhamdulillah, saya ditawarkan beraksi untuk menghiburkan peminat dalam program besar ini. Saya pun sebenarnya sudah lama mengimpikan berjumpa peminat dalam persembahan terbuka sebegini.
Program sebegini membolehkan saya bertemu peminat dari pelbagai golongan. Terasa bertuah dan teruja untuk menyanyi. Ia peluang keemasan kerana saya jarang berpeluang menyanyi di pentas terbuka sebegini.
Saya sentiasa mencari jalan untuk mendekatkan diri dengan peminat. Tiada jurang antara saya dengan mereka sebenarnya.
Program sambutan ulang tahun tersebut turut menampilkan beberapa orang artis seperti Victoria Ng, Santesh, Black Mentor serta diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan serta pertunjukan bunga api.
Disamping perasmian Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling Jaya, Promosi ‘Petaling Jaya International Folklore Festival 2025’ turut diadakan pada malam itu..
MBPJ dalam kenyataannya berkata, objektif penganjuran acara itu untuk mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa dengan rakyat khususnya di Petaling Jaya.