berita

Aishah Dedah Seluar Terkoyak Di Kelengkang Beberapa Minit Sebelum Persembahan

October 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aishah

Penyanyi Datuk Aishah berkongsi detik cemas apabila seluar yang digayakannya sewaktu membuat persembahan pada konsert minggu kedua All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu telah terkoyak.

Artikel Berkaitan: Aishah Terima Santau Melalui Perkhidmatan Kurier? – ‘Perut Sakit Rasa Nak Guling, Mimpi Wajah Lelaki Yang Familiar’

Artikel Berkaitan: ‘Terkucil Itu Perkara Biasa, Mungkin Kesan Covid 3 Kali’ – Siti Nordiana

Seluar koyak

Aishah

Menerusi perkongsian di Instagram, Aishah berkata dia menyedari seluarnya telah terkoyak di bahagian kelengkang beberapa minit sebelum gilirannya untuk membuat persembahan.

Baju show ni bukan semua yang selesa tau,dah pakai cantik-cantik tak boleh nak lesek-lesek bak kato orang Nogori (Negeri Sembilan).

Malam tadi crew dah panggil utuk standby, sekali saya perasan seluar saya koyak, betul-betul di celah kangkang.

Menurut Aishah, disebabkan itu, penata gayanya terpaksa menjahit bahagian yang terkoyak tersebut dengan segera di belakang pentas.

Material baju saya tu lace dia memang halus, haaa hamik kau…terpaksalah dijahit celah kangkang saya tu sambil berdiri.

Tapi kena terima je benda-benda macam ini akan berlaku dan cuba jangan panik. Alhamdulillah settle je menjahit tu terus ke belakang stage untuk standby.

Dalam masa sama, pelantun lagu Janji Manismu itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pasukannya yang telah membantunya.

Alhamdulillah, ada team yg menyelenggarakan wardrobe dan lain-lain. saya masih getting used to having ramai-ramai orang menyiapkan saya.

Mungkin kerana saya suka privacy too much. Ruang peribadi yang ‘diceroboh’ orang ramai selama beberapa jam untuk siapkan saya.

Yang touch up make up, yang tengah pin tudung, yang last minute jahit baju atas badan kita sambil orang ambil gambar lagi, sambil cuba untuk fokus pada persembahan yang nak buat.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×