berita

Aishah Terima Santau Melalui Perkhidmatan Kurier? – ‘Perut Sakit Rasa Nak Guling, Mimpi Wajah Lelaki Yang Familiar’

August 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aishah

Penyanyi Datuk Aishah mendakwa dirinya hampir disantau selepas menerima satu bungkusan yang dikirim melalui perkhidmatan kurier, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: GV Kembali Dengan Edisi All Stars, 10 Juara Bakal Berentap Semula!

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Nak Cantik, Aku Tua Dah’ – Aishah Bengang Sherry ‘Kondem’ Buat Pembedahan Bariatrik

Santau melalui kurier

Aishah

Ketika ditemui OhBulan!, Aishah berkata dia pada awalnya menyangka bungkusan tersebut kepunyaan anaknya. Namun berasa hairan apabila nama penerima pada bungkusan itu tertera namanya.

Jelas Aishah, perasaanya tiba-tiba menjadi seram selepas bungkusan tersebut dibawa masuk ke dalam kawasan rumah.

Benda itu (santau) dihantar melalui courier. Saya ingat bateri motor sebab kotak yang digunakan nampak macam bateri motor.

Saya awalnya ingat bungkusan itu anak saya punya tapi bila tengok nama orang penerima, nama saya. Kemudian saya dah macam pelik.

Bila bawa masuk dalam kawasan rumah, dekat pagar rumah itu saya dah rasa seram lain macam.

Aishah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di DADI Cinema, pada Selasa.

Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu lagi, dia kemudian mula berdepan dengan perkara misteri seperti berasa sakit yang teruk di bahagian perut dan mengalami mimpi aneh.

Saya nak buka tapi anak saya kata nanti tunggu dia cuti baru buka bungkusan itu. Sementara tunggu kata dia nak buka itu saya rasa sakit dekat perut, rasa macam tangkap (memulas) dekat perut, rasa nak guling-guling dekat lantai.

Tapi bila saya pasang ayat ruqyah dan mengaji dalam rumah, rasa sakit-sakit itu hilang sekejap. Kemudian saya juga mimpi macam ada orang terkam saya.

Saya jarang mimpi yang aneh-aneh, tapi dalam mimpi itu saya nampak seorang lelaki yang sangat familiar wajahnya, tapi macam kenal tak kenal dengan orang itu.

Menurut Aishah, keadaannya kembali pulih selepas dia bertindak membuang bungkusan tersebut. Katanya lagi, dia juga ada mendapatkan rawatan cara Islam untuk memulihkan dirinya.

Bila cerita semula perkara ini buat saya paranoid. Sebab saya sendiri tak sangka zaman sekarang ada cara nak sihir orang guna kiriman kurier.

Selang dua tiga hari lepas saya alami perkara misteri, saya terus suruh anak buang bungkusan itu. Alhamdulillah lepas buang saya kembali okay. Tiada lagi sakit dekat perut, rasa nak berguling.

Ada juga buat rawatan susulan untuk ‘bersihkan’ dan saya tak mahu tahu siapa yang buat saya itu. Dulu sampai tak boleh bangun subuh, lepas asar rasa gelap depresi macam horrible. Sekarang dah kurang Alhamdulilah.

SKIP THIS AD ×