berita

‘Terkucil Itu Perkara Biasa, Mungkin Kesan Covid 3 Kali’ – Siti Nordiana

September 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Siti Nordiana

Penyanyi Siti Nordiana mengakui ada membaca komen netizen yang menegur kualiti nyanyiannya yang dikatakan semakin merudum sejak akhir-akhir ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nordiana Nafi Sudah Berkahwin – ‘Cari Lelaki Yang Memahami, Bukan Senang Cari Jodoh’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azharina Dedah Muntah Darah Bersama Segumpal Rambut Sehari Sebelum Final GV3

Terkucil itu biasa

Ketika ditemui OhBulan!, Siti Nordiana atau mesra dengan sapaan Nana berkata dia menerima segala kritikan tersebut dengan hati yang terbuka.

Jelas Nana, dia tidak menolak kemungkinan kualiti suaranya berubah kesan daripada jangkitan Covid-19 yang dialaminya sebanyak tiga kali, sebelum ini.

Saya terima segala kritikan yang dilemparkan dan saya akan cuba baik pulih dari segi suara serta stamina.

Bila nyanyian kita dikritik ketika sesuatu persembahan, tak bermakna kita sudah tidak pandai menyanyi lagi.

Mungkin ada sesuatu yang tak kena atau ini merupakan kesan-kesan Covid-19 yang pernah menyerang saya dahulu.

Covid-19 memang beri kesan pada bahagian paru-paru. Kita jadi mudah penat dan pernafasan makin sempit. Ada kalanya kita rasa penat nak menyanyi dan suara jadi ketat.

Saya akan kaji semula dan buat post mortem. Nama pun penyanyi. Terkucil itu perkara biasa.

Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di DADI Cinema, pada Selasa.

Dalam pada itu, Nana berkata dia akan berusaha untuk perbaiki kualiti suaranya memandangkan dia bakal beraksi di pentas All Stars Gegar Vaganza tidak lama lagi.

Saya memang ada sedikit masalah dengan vokal chord. Boleh dikatakan saya ni diserang Covid-19 paling banyak. Hampir tiga kali. Suka betul dia dengan saya.

Saya sedang berusaha atasi masalah tersebut. Saya ada berjumpa dengan doktor bahagian telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk periksa keadaan saya.

Namun, sekarang semuanya sudah okay dah kini sedang menjalani proses pemulihan.

Terdahulu, Nana antara 10 nama bintang yang diumumkan bakal beraksi di All Stars Gegar Vaganza yang bakal bermula pada 24 September ini.

Selain Nana, turut berentap ialah Ayai Ilusi, Azharina, Noryn Aziz, Aishah, Cliff Umar, Hardy Mirza, Naqiu, Aliff Aziz, Jaclyn Victor dan lima lagi nama bakal diumumkan kelak.

SKIP THIS AD ×