berita

Aishah Risau Anak Keluar Bekerja Semasa PKPB

May 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Setiap ibu pasti berasa bimbang apabila anak yang disayangi terpaksa keluar bekerja tatkala, dunia sedang dilanda musibah. Begitulah perasaan yang diluahkan oleh penyanyi terkenal, Aishah yang terpaksa merelakan anak sulungnya iaitu Armand Azhari memulakan tugas semula setelah hampir dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.

Perasaan seorang ibu

Cherish the times we have with our loved ones. Ada hikmah di sebalik segala ketentuan Allah swt. Spent a lot of time with this guy at home, time we would never have had together if this whole Covid 19 episode didn’t happen. Esok dia kena pergi bekerja, Allah swt saja tahu perasaan seorang ibu nak lepaskan anaknya di luar sana dalam keadaan sekarang. Berperang dengan musuh yang tidak nampak dik mata kasar. Allahu, kerja pula terpaksa berinteraksi dengan orang ramai. Apabila terbaca dan terlihat gambar-gambar di media sosial, belum 4 hari bulan lagi, orang ramai dah berpusu-pusu nak beli makan dan lain-lain. Hadoii so much for ‘social distancing.

Now,it is all up to us to do our part, kalau tidak sia-sialah kita memerap di rumah hampir 2 bulan kerana kita hanya akan mencetuskan kluster baru .Basically, negara kita tenat secara ekonomi terpaksa teruskan aktiviti kita, walaupun kita merisikokan diri untuk gelombang yang baru. Kita hanya mengharapkan yang.’capacity’ perubatan kita tidak akan diduga dengan jangkitan baru, di mana pesakit yang memerlukan rawatan melebihi keupayaan kita merawat. It is now up to us to take care of ourselves. Kalau tak ada urusan untuk keluar jangan keluar.

Menurut Aishah, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan oleh pihak kerajaan, dia berpeluang meluangkan masa bersama anak-anaknya di rumah. Namun, anak sulungnya itu sudah kembali bekerja selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam.

Pada masa yang sama, Aishah turut meluahkan perasaan bimbang untuk melepaskan anaknya pergi bekerja. Ini kerana, pekerjaan anaknya itu memerlukan interaksi bersama orang ramai. Tambahnya, keadaan orang ramai yang hendak keluar dari rumah pada tempoh masa ini menambahkan lagi kerisauannya.

Ambil langkah-langkah kebersihan

Yang terpaksa bekerja kenalah ambil langkah-langkah kebersihan yang maksima. Yang degil tu nak berasak-asak beli makan tu gasaklah, ada hati nak shopping bawa anak-anak, masih nak shopping raya walau dah berbuih mulut orang nasihatkan, biarlah. Kita jaga diri kita dan anak-anak kita. Sounds selfish right? Tapi yang keluar tanpa mematuhi PKP dan SOP lagi selfish. Mereka ni macam time bombs walking, so all we can do is avoid these people. Jauhkan diri dari tempat-tempat yang tak amalkan SOP. PKPB. Biarlah tak makan sedap asalkan kita sihat. Stay safe stay healthy STAY HOME!!!

Di akhir luahan tersebut, Aishah meminta orang ramai agar mengamalkan langkah-langkah kebersihan sekiranya mereka terpaksa keluar dari rumah. Dia turut meminta masyarakat untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membanteras wabak yang sedang berlaku.

Sumber: Aishah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×