berita

Aishah Sinclair Terharu BCL Minta Jadi ‘Bridesmaid’ – ‘Umum Lihat Dia Kuat, Di Sisi Lain Dia Lemah’

December 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aishah Sinclair

Pelakon Aishah Sinclair akui sebak apabila kakak iparnya, Bunga Citra Lestari memintanya menjadi pengapit sewaktu hari pernikahan penyanyi itu, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] BCL & Tiko ‘Sakan’ Di After Party, Netizen Tanya – ‘Wah Minum Apa Tu?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Menjalani Hidup Dengan Sakit Yang Tak Akan Pergi, Tetapi Lelaki Ini Mengembalikan Senyumanku’ – BCL

Sebak jadi bridesmaid

Aishah Sinclair

Menerusi hantaran di Instagram, Aishah menyifatkan penyanyi terkenal Indonesia itu sebagai wanita yang kuat berdikari semenjak kematian suaminya, arwah Ashraf Sinclair.

Menurut Aishah, Bunga juga merupakan tulang belakang keluarga dan sentiasa berada bersama mereka ketika susah dan senang.

Saya sangat terharu dan tersentuh hati apabila Bunga Cintra Lestari meminta saya menjadi salah seorang pengapitnya. Saya terus bersetuju dan mengatakan ‘ya’.

Bunga adalah seorang insan yang mudah untuk kita mencintainya.

Di mata umum, dia sebagai seorang wanita berdikari yang kuat, tetapi di sisi lainya saya dapat melihat dia yang lemah, baik dan penyayang.

Dia sentiasa ada di belakang keluarganya untuk membantu dengan memberikan hadiah dan kebaikan serta kenangan. Terima kasih menjadi seorang Bunga, sayang.

Saya gembira kerana dapat memberi semula kepada awak di hari bahagia awak.

Pada perkongsian sama, Aishah turut memuat naik sekeping foto bersama Bunga yang dipercayai diambil sewaktu majlis pernikahan Bunga bersama suami, Tiko Aryawardhana.

Sabtu lalu, Bunga selamat bergelar isteri dengan lelaki pilihannya, Tiko dalam sebuah majlis akad nikah yang mewah berlangsung di Bali, Indonesia.

Sekadar info, Tiko pernah berkahwin dengan wanita bernama Arina pada 26 Jun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Manakala, pelantun lagu Cinta Sejati itu pula bernikah dengan pelakon, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.

Namun, maut memisahkan mereka apabila Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×