berita

[VIDEO] BCL Tamatkan Zaman Balu, Sah Jadi Isteri Tiko Aryawardhana

December 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

bcl nikah

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari sah bergelar isteri kepada Tiko Pradipra Aryawardhana hari ini.

Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Nama ‘Sinclair’ Di Instagram Bunga Citra Lestari

Artikel Berkaitan: Ibu Ashraf Sinclair Restu BCL Nak Nikah

Sah nikah

bcl nikah

Memetik laporan Suara.com, tular sebuah video yang memaparkan momen indah pasangan itu yang dilihat sedang menunjukkan cincin perkahwinan masing-masing yang disarungkan pada jari manis mereka.

Pelantun lagu Ingkar itu dan suami memilih untuk mengenakan busana tradisional serba putih bertemakan Jawa dan mereka kelihatan begitu bahagia seusai selesai majlis akad nikah tersebut.

Difahamkan BCL diwalikan bapanya sendiri dalam sebuah majlis tertutup berlatar belakangkan laut yang hanya dihadiri oleh 100 orang tetamu iaitu terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.

Terdahulu, desas desus perhubungan pasangan itu mula mendapat perhatian ramai pihak apabila kelibat Tiko dilihat semasa menghadiri ke ulang tahun kelahiran Bunga pada Mac lalu dan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.

Beberapa hari sebelum melangsungkan perkahwinan, BCL juga tidak lagi menggunakan nama ‘Sinclair’ di akaun Instagram (IG).

Sekadar info, suami kepada BCL iaitu arwah Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Untuk rekod, BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.

@ohbulanofficial

Lawanyaa! ?? Selamat pengatin baru BCL! #ohbulan #fyp #news #bungacitralestari

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×