berita

GV Kembali Dengan Edisi All Stars, 10 Juara Bakal Berentap Semula!

August 29th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

gv10

Sedekad bergemerlapan di pentas nyanyian terbesar di Malaysia dan serantaunya, Gegar Vaganza (GV) meraikan ulang tahun kesepuluh dengan musim baharu iaitu All Stars Gegar Vaganza.

Artikel Berkaitan: Gegar Vaganza Kembali Untuk Musim Ke-10, Hadiahkan Roadshow & Showcase Istimewa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Cadang Sertai GV 10, Mas Idayu Respon Jangan Jatuhkan ‘Level’ Artis Yang Sudah Bergelar Juri

Juara lawan juara

GV10 Peserta

All Stars Gegar Vaganza bakal menyaksikan 15 alumni yang terdiri daripaad 10 juara musim terdahulu dan lima alumni lain kembali berentap semula.

Mereka ialah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Manakala lima penyanyi dari musim-musim lalu bakal dipilih menerusi undian peminat bermula 29 Ogos 2023 di laman sesawang www.astrogempak.com. Undian akan ditutup pada 10 September 2023, pukul 11.59 malam.

Dengan menampilkan juara-juara sepanjang sembilan musim serta lima pilihan para peminat, All Stars GV kali ini semestinya lebih sengit kerana para peserta bakal berentap dengan yang terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara.

Kegemilangan musim kali ini menampakkan keinginan Astro untuk mencabar penyanyi-penyanyi tersohor rantau ini lantas menobatkan juara di kalangan juara.

Barisan juri masih diketuai Datuk Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi ikonik Indonesia, Hetty Koes Endang.

All Stars GV masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara pula berpuluang membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.

All Stars GV bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Shah Alam (MBSA) bermula 24 September ini.

SKIP THIS AD ×