Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisyah Aziz Akui Panas Pakai Tudung, Harap Netizen Tak Mudah Lempar Kecaman – ‘Saya Perlukan Setiap Orang Untuk Bantu’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Masdo & Aisyah Aziz Akan ‘All Out’! Persiapan Sudah 99.9% – ‘Konsep Kali Ini Berbeza, Gabung Tradisional & Moden’
Bakal berkahwin
Menganggap sudah tiba masanya untuk berkahwin, pemilik nama lengkap Nur Aishah Aziz, 30, meminta semua pihak mendoakan urusannya dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.
Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Singapura itu enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pernikahannya yang dijangka bakal berlangsung selepas bulan Syawal.
Insya-Allah, mohon semua mendoakan saya. Umur saya sudah sesuai untuk berkahwin.
Dalam masa terdekat tapi bukan sebelum raya, insya-Allah selepas raya.
Saya akan kongsikan dengan lebih selepas sah diijabkabul. Saya tak mahu terlalu berkongsi sehingga betul-betul sudah sah.
Aisyah ditemui usai dia melalukan persembahan di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) menerusi lagu ‘Pujaanku’ duet bersama Masdo di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada Ahad.
Dalam pada itu, adik kepada penyanyi dan aktor, Aliff Aziz ini memberitahu, calon suaminya bukan dalam kalangan penggiat seni.
Bakal suami bukan orang industri.