Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kemelut rumah tangganya dengan suami, Alif Teega yang berlaku sebelum ini hanya sekadar pemasaran atau ‘marketing’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisyah Hijanah Bakal Lahirkan Cahaya Mata Ketiga Pada Bulan Mac – ‘Insya-Allah Anak Perempuan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahkamah Sahkah Syarikat 100% Milik Aisyah Hijanah, Alif Teega Tergelak Ditanya Isteri Kedua Dapat Harta Apa
Bukan marketing
Menerusi hantaran di Instagram Story, Aisyah berkata dakwaan tersebut berkemungkinan timbul apabila dia kelihatan tenang dan tidak sedih apabila diuji dengan masalah rumah tangga.
Jelasnya, dia sebaik mungkin mengawal emosi dan perasaan agar tidak melakukan sesuatu tindakan yang memudaratkan.
Saya maklum tentang hal ini (dakwaan marketing). Eloklah kalau saya jelaskan dengan baik supaya orang tidak bersangka buruk.
Apa yang berlaku bukanlah marketing. Mungkin orang lihat saya tenang sahaja dan sampai sekarang seperti biasa-biasa dan tiada apa yang berlaku.
Saya cuba untuk bersangka baik dengan Allah dan setiap hari meminta jalan yang terbaik juga daripada Allah.
Saya cuba kawal diri dan emosi supaya tidak buat benda yang bukan-bukan. Biarlah tindakan itu dalam keadaan kewarasan, bukan mengikut emosi semata-mata.
Aisyah memaklumkan mengenai perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang diajukan seorang pengikut menerusi sesi ‘Q & A’ di Instagram Story miliknya.
Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Aisyah Hijanah Azhari, 29, turut berkongsi amalan yang dilakukan untuk mencari petunjuk daripada Allah ketika dilanda musibah.
Salah satu tips daripada seorang kashaf yang saya jumpa, banyakkan solat sunat mutlak dan mohon kepada Allah untuk petunjuk yang baik.
Di samping menjaga mental dan fizikal supaya boleh berfungsi sebaiknya sebagai seorang manusia, ibu dan usahawan.
Saya laksanakan tugas sebagai isteri dengan baik, Alif juga begitu. Alhamdulillah kami baik-baik sahaja.
Banyak akaun di TikTok menggunakan nama saya yang muat naik mengenai kesedihan dan kesakitan, tetapi itu bukan daripada saya.
Terdahulu, Alif mengumumkan dia sudah bernikah lain. Katanya tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya yang dikenali sebagai Fatin dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Sumber: Instagram