Tiada angin tiada ribut, nama Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah viral di media sosial. Mana taknya, Aisyah didakwa menggunakan kisah perkahwinan suaminya, Aliff Teega sebagai content (kandungan) demi meraih simpati dan publisiti daripada netizen.
Bukan itu sahaja, Aisyah turut didakwa membuang pekerjanya kerana mempersoalkan audit syarikat serta melakukan kutipan derma untuk kepentingan peribadi. Betul ke?
Buat kerja menipu?
Menerusi sebuah posting di Facebook PW Community, Aishah didakwa melakukan kutipan derma untuk kepentingan peribadi hampir setiap bulan. Tambah dakwaan page berkenaan, kutipan yang dilakukan mempunyai tujuan yang berbeza.
Difahamkan terdapat juga dakwaan yang mengatakan ada laporan dan bukti Aisyah menipu. Oleh sebab berkenaan, kisahnya menjadi viral di media sosial.
Katanya this post tiba-tiba hilang dekat Instagram. Can anyone reconfirm? Setakat around 7.30 pm tadi dah kutip RM40 ribu. Jika ikhlas kutip buat utk buat amal, kenapa take down? Probably Aisyah dan laki dah termakan cili.
Susulan daripada itu, Aisyah tampil membalas dakwaan tersebut. Menurut Aisyah, setiap kutipan yang dilakukan pasti mempunyai resit yang sah dan video tersebut akan dimuat naik di media sosial sebagai bukti.
Saya hanya menggunakan platform ini untuk membantu ramai lagi yang ingin menyumbang dan meluaskan peluang orang untuk menyumbang. Syarikat saya mempunyai audit yang jelas dan kami lakukan setiap tahun.
Jualan Hijanah juga sama seperti syarikat pengasas yang lain di media sosial. Cuma saya sendiri bukanlah orang yang suka mempertontonkan kemewahan dari pakaian saya. Siapa yang kenal, tahulah saya personaliti bagaimana.
Tambah Aisyah, dia sedang dalam perjalanan untuk mengerjakan haji. Justeru itu, dia menyerahkan hal tersebut kepada pihak peguam untuk proses tindakan selanjutnya.
Saya ambil maklum atas apa yang berlaku dan sudah memberikan kesemuanya kepada peguam saya untuk ambil tindakan. Bukti juga sudah pun diberikan bagi dibicarakan di mahkamah kelak. Tidak wajarlah sekiranya apa yang saya miliki hari ini hanya dinilai daripada kempen sedekah yang dibuka, walhal usaha keras daripada 2018 sehingga ke hari ini tidak dinilai sama sekali.
Kes ini akan diambil tindakan setelah pulang daripada Haji kelak.
Sumber: Facebook