berita

Aizat Amdan Teruja ‘Hadiahkan Duka Kepadamu’ Diterima Baik Peminat

May 22nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Penyanyi Aizat Amdan teruja dengan sambutan dari ramai orang apabila lagu barunya, ‘Hadiahkan Duka Kepadamu’ diterima baik sehingga memberikan seribu satu kemanisan buatnya.

Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Tengok Perubahan Bentuk Badan Aizat Amdan– ‘Makin Sihat Lepas Kahwin, Pandai Bini Jaga’

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sentuh Keluarga Saya’ – Isteri Aizat Minta Netizen Berfikir Sebelum Komen

Artikel Berkaitan: Aizat Amdan Sah Bergelar Suami, Pilih Mexico Destinasi Bulan Madu

Peminat nombor satu

Aizat Amdan, 34, memaklumkan bahawa senyuman daripada peminat yang sentiasa menantikan kemunculannya dengan lagu baharu merupakan satu kegembiraan buat dirinya.

Tambahnya lagi, apabila muncul dengan lagu baharu, ianya sering menjadi persoalannya jika lagu tersebut akan diterima baik atau sebaliknya.

Setiap kali mahu menghasilkan produk baru, ada beberapa perkara yang bermain di fikiran, lagu baharu ini akan diterima baik oleh mereka atau tidak.

Tapi apabila melancarkan sahaja lagu ini pada bulan Ramadan yang lalu, sambutan yang diterima begitu baik daripada semua pihak. Hilang segala gundah apabila lagu ini mula disukai oleh peminat dan mula dimainkan di stesen radio.

Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Ajai dan juga merupakan runut bunyi drama ‘Kerasnya Takdir’ lakonan Amira Rosli dan Redza Rosli di slot Akasia, TV3.

Menurut Aizat, drama yang menerima sambutan baik itu secara langsung memberi kelebihan kepada lagu ‘Hadiahkan Duka Kepadamu’ untuk diterima dengan lebih cepat dan menangkap halwa telinga pendengar yang lain.

Katanya lagi, terdapat segelintir yang menyangka bahawa lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi baru. Namun padanya, ianya satu keterujaan.

Pengalaman bekerja dengan Ajai

Dalam pada itu, Aizat sempat berkongsi pengalaman dalam menjayakan rakaman lagu tersebut bersama Ajai. Aizat memaklumkan bahawa dirinya jatuh cinta disaat demo lagu tersebut diperdengarkan kepadanya.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama penyanyi dan komposer tersebut bekerjasama dalam menjayakan sebuah lagu.

Pastinya saya teruja memandangkan ini kali pertama kami bekerjasama. Abang Ajai sendiri memang seorang komposer yang berpengalaman luas dan sudah menghasilkan banyak lagu.

Sebagai seorang penyanyi, saya mahu sampaikan lagu berkenaan dengan sehabis baik. Sejujurnya saya menjadikan lagu ini sebagai buah tangan baharu yang akan diminati oleh pendengar seperti lagu-lagu terdahulu.

Sekadar info, lagu ‘Hadiahkan Duka Kepadamu’ ini merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Alternate Records dan lagu diedarkan oleh Indigital Music.

SKIP THIS AD ×