Kisah curang penyanyi Indonesia, Virgoun mencuri perhatian ramai apabila isterinya sendiri tampil mendedahkan kisah tersebut di media sosial.
Lebih teruk, Inara mendakwa Virgoun pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.
Buat hubungan intim
Menerusi laporan Detik Hot, Virgoun dikatakan pernah membuat perjanjian secara bertulis untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk tersebut namun, melanggar perjanjian yang dibuat. Tambah Inara, suaminya pernah mengajak melakukan hubungan intim pada waktu siang ketika bulan Ramadan.
Bukan itu sahaja, Inara mendakwa Virgoun menyuruhnya membuka purdah dan memakan ubat kurus.
Saya kena layan nafsu dia. Saya buat sebab nak dapat keredaan suami.
Sumber: Detik Hot