Sekadar gambar hiasan
Tindakan keji sepasang suami isteri yang menjadikan anak saudara perempuan mereka sebagai hamba seks akhirnya terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis.
Dah tiga tahun jadi hamba seks
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, perbuatan jijik itu dipercayai dilakukan oleh kedua-dua suspek sejak tiga tahun lalu di rumah mereka yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Difahamkan, mangsa tinggal bersama ibu saudaranya sejak berusia 10 tahun selepas ibunya meninggal dunia. Manakala, bapa kandung mangsa yang merupakan warga Indonesia dipercayai telah menghilangkan diri.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, mangsa mendakwa telah berkali-kali dirogol oleh bapa saudaranya itu.
Kejadian dikatakan berlaku pada Oktober kira-kira jam 5 pagi apabila mangsa dipanggil oleh ibu saudaranya masuk ke bilik untuk memeriksa sama ada remaja terbabit masih dara atau sebaliknya. Selepas itu mangsa kemudian disuruh melakukan hubungan seks dengan bapa saudaranya yang juga suami wanita terbabit.
Kedua-dua suspek ditahan polis
Sekadar gambar hiasan
Dakwa mangsa lagi, ibu saudaranya itu tahu akan perbuatan jijik yang dilakukan suaminya namun dia langsung tidak mempedulikannya. Berdasarkan laporan yang dibuat, mangsa yang kini berusia 18 tahun mendakwa kali terakhir dia dirogol adalah pada bulan ini sebelum bertindak membuat laporan polis.
Berikutan daripada itu, kedua-dua suspek berusia 37 dan 39 tahun yang bekerja sebagai pembekal sate telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Menurut sumber, suspek lelaki mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: Harian Metro, Kosmo