berita

‘Ajar Dia Bersembang Bahasa Yang Betul Dik’ – Ditegur Cara Berkomunikasi, Ini Respon Fynn Jamal

March 15th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Lumrah bagi kehidupan seorang insan seni apabila kisah peribadi sering menjadi tumpuan masyarakat. Pasti ada sahaja respon tak langsung sama ada baik atau sebaliknya terutama dari kalangan netizen.

Terbaru, Fynn Jamal memuatnaik satu video bayi perempuannya yang digelar dedek untuk berkongsi suara bayi tersebut kepada peminat yang merindui keletahnya. Namun, ada peminat yang menegur caranya berkomunikasi dengan bayi tersebut. Ini respon Fynn Jamal.

‘Untuk yang rindu suara miang hajah..’

https://www.instagram.com/p/BgTgFBpBpMc/?taken-by=fynnjamal

Video tersebut setakat ini mendapat 81,838 tontonan sejak dimuatnaik malam tadi.

‘Saya pun cakap lambat masa kecil, tak pernah salahkan mak abah..’

Pengguna akaun tersebut meminta Fynn Jamal bersembang dengan menggunakan bahasa yang betul agar dia cepat bercakap kelak. Namun, Fynn Jamal meminta pengguna tersebut untuk mengizinkannya untuk melayan anak sesuai dengan keselesaan dirinya.

‘Kalau Allah bagi satu lagi pelat, saya masih mampu bersyukur’

Fynn juga menambah komen balas tersebut dengan menyatakan kesyukurannya kepada Allah sekiranya diberi anak yang pelat bercakap kerana dia mempunyai anak non verbal sebelum ini.

‘Setiap anak berbeza..’

Netizen turut menyokong dengan apa yang diperkatakan oleh Fynn dan ada juga yang berkongsi situasi sama tentang anak masing-masing. Pada pandangan admin setiap ibu bapa ada cara tersendiri bagi mendidik anak, tetapi menerima pandangan orang lain juga tidak menjadi satu masalah.

Credit: fynn jamal

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×